Followers

Halaman

Selasa, 18 Oktober 2011

KU PILIH DIA KERANA??

✿ Assalamualaikum✿

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara;
1. kerana hartanya
2. kerana keturunannya
3. kerana kecantikannya
4. kerana agamanya.

Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” -Hadith Riwayat Imam Bukhari & Muslim

Hadis ini menjelaskan bahawa seorang wanita itu dinikahi oleh seorang lelaki kerana 4 perkara iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan dan juga kerana agamanya. Maka Rasulullah menyuruh kita mengutamakan wanita yang memiliki agama yang baik. Tidak diutamakan berapakah hartanya, siapakah keturunannya atau sejauhmana kecantikannya.

Oleh itu wahai wanita, jagalah agamamu. Peliharakanlah dirimu dari fitnah dunia dan abaikan hal-hal yang tiada kaitan dengan apa yang dianjurkan dalam Islam. Usah terlalu difikirkan tentang keturunan, harta dan kecantikan (bukan salah menjaga tetapi bukan itu yang utama)! Sedarlah kamu bahawa lelaki yang baik akan menilai dan mencarimu berdasarkan agamamu. Bukan kerana faktor-faktor lain yang hanya semantara.

Keturunan bukanlah sesuatu yang penting jika hendak dibandingkan dengan agama dan amal soleh.Harta juga boleh dicari.

Usah bersedih dan kecewa dengan ujian. Terus berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Allah tidak benci kepada orang yang tidak dikurniakan kebahagiaan sebagaimana kita yang tidak dapat memiliki cinta, tetapi Allah amat murka kepada orang yang hilang kepercayaan dan pergantungan kepada-Nya.

Jika seandainya kita seorang wanita atau lelaki yang soleh tetapi tidak juga dapat memiliki cinta seorang insan bergelar kekasih samada dari seorang suami ataupun isteri, ketahuilah Allah sudah menyediakan bidadari dan bidadara di syurga untuk menemani kita seumur hidup! InsyaAllah…

Wallahualam...

Sumber :http://wanwma.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan