Followers

Halaman

Sabtu, 26 Disember 2015

Holiday Mood On



Apa macam cuti best?
Housemates aku semua balik kampung kecuali aku dengan jiran depan. Dia tak balik kampung pun
dia punya kampung Selangor ni je. Sejam pun boleh sampai? Aku tak balik. Balik nanti Chinesse New Year
je. Waaaaaa. Oh Nasi Kerabu I miss you so much. Beza tempat orang dengan tempat kita macam ni la
nak cari makanan yang kita suka tu susah kalau ada pun takkan sama punya.

3 hari dah cuti termasuk hari ni. Aku tidur pukul 12 bangun Subuh pastu tidur balik. Baik punya perangai.
Macam mana nak rezeki murah ni. Hahahaha. Nak keluar makan pun malas tahu tak.
Jadi untuk melayan kemalasan aku ni, aku keluar makan pukul 5 lebih lepas Asar. Macam tu la aku
buat tiap-tiap hari. Hahahaha. Pagi aku macam buah je. T_T

Aku rasa lemak dekat pipi aku dah hilang. Penat-penat aku ternak nak tunjuk dekat Mama aku. Last
 hilang dek kerana kemalasan aku. Tapi yang paling lemak dekat perut tak der lagi dah. Yeay!!!
Tak der yang lebih dah. Tapi yang teruk aku tak tahan lapar ni. Rasa nak naik angin je.
Buruk punya perangai.

Tiap hari keluar makan petang aku makan Tom Yam Daging, nasi putih tambah, telur dadar dan air kosong
je. Memang ni je menu aku sejak setahun lepas. Tauke kedai pun dah ingat. Tak tom yam daging mesti ayam. Dia punya tom yam sedap kot. Sama macam dekat Kelantan. Yummm.. Petang ni pekena lagi.

Erk belanja gambar terbalik. Puas aku rotate tapi tak jadi jugak. Hmmmm

Selasa, 22 Disember 2015

Hidayah Perlu Dicari

✿Assalamualaikum✿

Betul "Hidayah Milik Allah" tapi kita perlu berusaha untuk mencarinya.✿

Saya suka tengok muslim dan muslimah yang suka mendekatkan diri dengan Allah.

Lepas tu suka jugak tengok mereka yang nak berubah mendekatkan diri dengan Allah.
Alhamdulillah.Saya hanyalah manusia biasa banyak kekurangan dan kelemahan.
Tapi saya akan berusaha bersunguh-sunguh untuk menjadi muslimah yang solehah.InsyaAllah.
Meninggalkan apa yang dilarang dan membuat apa yang disuruhNya.
Kita hidup didunia ni sementara je.Tak tahu umur kita sehingga bila ..
Tak taw bila kita akan kembali kepadaNya,^^✿

Kalau kita tak berubah sekarang.Agaknya bila kita nak berubah??
Saya juga seorang yg yg tak lepas dari melakukan dosa dan banyak dosa saya.
Oleh itu saya nak berhijrah dan tak nak lagi jadi seperti dulu.
Semoga perubahan ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.✿

Mati tak kenal usia,darjat,keturunan dan rupa.
Kalau dah tertulis kita akan mati pada waktu tu,mati la.
Bukannya boleh tangguh-tangguh.Contohnya,aku kaya,aku boleh bayar supaya mati lain kali.
Sekarang Aku tak nak mati lagi.MasyaAllah..Boleh ke kita buat macam tu...?
Harta kita tak bermakna apa pun kat sana...✿

Sekali lagi,benar hidayah itu milik Allah,Allah akan beri kepada sesiapa saja
yang dia kehendaki.Tapi jangan salah anggap, hidayah bukan ditunggu untuk terpilih,
tapi hidayah itu perlu dicari..✿

Berusahalah mendapatkan hidayah tersebut dengan mendekati Allah,perbaiki amal kita.Contohnya dengan menghayati al - Quran,berzikir,serta perbanyakkan ibadah sunat.InsyaAllah,Dia akan kurniakan hidayahNya kepada hamba-hambanya yang layak..✿

^^ p/s:jgn terjah saya bila sy tulis camniy...^^.✿












I'm Dying Inside




I’m always like this. Feel lonely and hopeless.
I’m dying inside little by little.
I can feel myself dying inside.
I smiling outside but the truth is I’m dying inside.
My heart is full of loneliness and darkness.
Sometimes, I feel like I want to sleep and never wake up forever.





External Hard Disk Rosak



Sekarang ni aku tengah frust dan rasa berpinar-pinar.  External
Hard disk aku rosak. T_T
Pagi tadi masa aku nak cucuk cable USB dekat kepala pemacu
Hard disk tetiba benda tu longgar. Aku tengok kepala
Hard disk pastu tengok kabel. Aik kenapa macam pelik je ni. Tetiba aku Nampak
Yg pemacu hard disk dekat kepala kabel. Sah!! Benda alah ni dah patah.
Alahai macam mana ni? Boleh baiki ke tak? Dah la banyak benda dalam tu.
Drama dan movie la yang banyak.
Taka pa aku try pergi kedai computer dulu petang ni tengok depa

Cakap macam mana.

Can anyone help me?

Jumaat, 18 Disember 2015

Mengigau Masa Tidur




Pernah mengingau?  Aku jarang mengingau ni tapi semenjak dua menjak ni aku asyik mengingau je. Yang melucukan pulak tu. Roommate aku lar yang bagitahu. Mak aih mana nak letak muka malu aku ni?
Hari Isnin hari tu aku bangun tetiba kaki aku dekat muka roommate aku. Nasib baik la tak sampai muka dia. Kalau tak kena maki la aku. Hahahaha. Bahaya betul la.
Kadang-kadang kepala aku dekat kepala dia. Ngeri betul la. Entah bila masa aku gerak pergi sebelah dia.
Haih malu-malu. Macam mana ni. Aku ada baca artikel. Penulis tu cakap mengigau ni sebab stress pun boleh jadi jugak. Mungkin la. Roommate aku cakap aku mengingau marah orang bunyi macam ni ‘' Buat sendiri la kerja awak!’’. Entah sape la aku marahkan. Aku tak ingat apa-apa pun pasal tu.



Korang selalu  mengigau tak?

Rabu, 16 Disember 2015

Azam Tahun 2016



Boom boom boom *bunyi bunga api yang selalu bunyi dekat KLCC
Tapi yang penting azam tahun 2015 belum tercapai.

Azam tahun 2015 aku.
1. Travelling mana-mana – Yang ni Alhamdulillah berjaya. Tapi ke Bandung je la. Okay la tuh. Pelan-pelan kayuh.
2. Laptop baru – Belum dapat. Yang ada hanya laptop hidup segan mati tak mahu tapi Alhamdulillah masoh mampu berbakti untuk tuan yang ganas macam aku.
3. Duit banyak dalam akaun – Habuk banyak la. Simpan sikit habis. Hai nafsu-nafsu.
4. Sambung Degree atau ACCA – Yang ni pun belum lagi. In Shaa Allah secepat mungkin.
5. Boleh bagi duit dekat family banyak – banyak – Buat masa ni sekadar yang termampu je. In Shaa Allah ada rezeki lebih bagi lebih. Amin

Skor pencapaian : 1/5 = Failed. Hahahaha. In Shaa Allah tahun ni lebih terancang. Amin.
Okay ni dia hah top three. Cehhh

1. Rumah – Pada perancangan nak beli rumah teres dekat Kelantan je. Murah dan aku anak Kelate.
Nak beli tengah tahun depan. Amin. Tunggu stabil sikit lagi.



2. Business – Business apa biarlah rahsia dulu. Buat kecil-kecilan ke  yang penting ada income. Hehehhe



3.  Korea Selatan – Yang ni memang impian aku dari 5 tahun lepas. Tapi masa tu belum kerja jadi duit tak banyak lagi. Perancangan Disember 2016 sebab aku suka salji. Main salji ala-ala Jun Ji Hyun dalam drama My Love From The Star. Hikhikhik. Dapat jodoh kat sana pun okay. Kekekeke. Gatal nohh.



Tiga ni je otak aku dapat tangkap masa ni. Yang lain nanti aku tambah balik. Kekekekek.


Perkara yang aku tak suka / Things I dislike




Dalam hidup ni ada je benda yang tak puaskan hati kita kan?
Ada yang tak kena. Lain orang lain ragamnya kan. Aku ni banyak benda yang aku tak suka dan boleh mendatangkan kemarahan aku. Senarainya adalah deng deng denng!!

1.  Menunggu
Yang ni memang tak boleh blah. Kata nak keluar tapi lambat. Lepas tu salahkan bangsa sendiri cakap ‘Melayu memang macam ni. Haah Melayu memang macam ni sebab ada orang Melayu macam korang la. Lepas tu ada yang salahkan kita sebab keluar awal. Siap cakap siapa suruh kau datang awal. Hey eh dia ni, nak aku jadi macam kau janji lain buat lain?



2.  Penipu
Biasanya kalau ada menipu je In Sha Allah cepat je aku detect. Sebab apa sebab penipu ni dia banyak yang nak kena ingat. Jenis penipu yang mudah pelupa niaya la jawabnya. Hahahaha.
Jadi kalau tak nak ingat banyak jangan menipu. Kalau aku tak dapat tangkap orang yang menipu ni aku bersangka baik je. Aku takkan percaya selagi tak tengok depan mata. Dah dapat tangkap you’re done my dear. Kita masih baik tapi awak takkan dengar apa-apa lagi. Hahaha. I’m not a type of person who hold grudges but people will change when they’re hurts.



3. Lapar
Yang ni memang tak boleh tahan kalau tak makan sehari.  Rasa nak naik angin je.
Lapar = cepat marah
Tabiat macam ni kena bawak bersabar ni. Kalau time puasa tu okay pulak. Hahahha



4. Gaji lambat
Kau suka gaji lambat? Aku tak suka sebab aku bayar benda nak kena bayar.
Tambah-tambah kalau yang bank. Selagi kau tak bayar selagi tu la diorang call.
Bingit telinga. Jadi tak kena kejar kena cepat bayar hutang. Kan?



5. Jerawat
Semua orang tak suka jerawat. Confirm. Kalau anda suka jerawat sila check balik muka anda ada jerawat ke tak. Biasanya orang yang suka jerawat sebab muka dorang tak ada jerawat. Ini pengalaman aku la.
Aku start ada jerawat umur 20. Mungkin sebab kurang minum air. Selalu aku cakap bila la nak naik jerawat. Nak picit. Sekarang nah hambik kau. Picit banyak-banyak. Tak ada jerawat seguni dekat muka aku tapi lebih dari satu la. Hahahha. Sila pergi jauh dari saya jerawat! I hate you!



6. Internet slow
Aku suka main internet dan boleh dikatakan tegar jugak la.
Kena bukak jugak sehari. Dulu la. Sekarang okay je. Main internet sebab tak ada benda nak buat.
Sekarang kalau boring tengok movie je. Aku tak suka internet slow sebab aku tak suka menunggu. Hehehhe



7. Debu
Aku tak suka suka debu sebab aku alergik dengan debu. Gatal habis. Tu je yang aku tahu pasal debu sebab aku tak suka dia aku tak ambil tahu sangat pasal dia.


8. Pengeledah
Entah la betul ke tak perkataan yang aku guna. Aku nak rujuk kepada orang suka geledah barang orang.
Tak kisah la benda apa kan, stoking busuk orang sekalipun tetap barang orang. Tak payah sesuka hati nak bukak almari orang semata-mata nak tengok kononnya concern. Hahaha. Orang macam ni biasanya tak boleh dipercayai. Jadi jauhkan diri. Yang suka tengok phone kita pun hati-hati.
Jangan sampai semua yang personal dia geledah.

p/s: Tak ada kena mengena antara yang hidup dan yang sudah meninggal dunia. Jika anda terasa makan itu hak anda. Hahahha

Bai bai


Salah Sangka / Misunderstanding



Pernah ada orang salah sangka dekat kau?
Aku selalu. Fikir - fikir memang sakit hati then biarkan je la.
Yang penting apa kita buat betul. Lagipun kalau orang dah salah sangka tak guna betulkan balik. Bukannya diorang nak percaya pun.

Pagi ni aku tak masuk sebab ada kerja dekat luar sikit.
Tetiba no office call. Aku angkat then terus tanya semalam kamu keluar tutup pintu tak.
Aku cakap lar tak tutup sebab aku keluar awal. Ada orang lagi masa aku keluar. Then aku tanya kenapa? Orang office cakap tak ada apa-apa. Lepas tu tak sampai 5 saat orang office call lagi tanya ada masuk office tak pagi ni. Aku cakap tak. Aku direct pergi dari rumah ke tempat yang nak buat kerja tu sebab aku nak jimat tambang LRT. Kekeke. Dia cakap okay.

Bukak je Whatsapp berderet mesej masuk. Isu pasal pintu tak kunci, lampu tak tutup dan alarm tak set. Lerr patut la. Yang penting bukan aku sebab aku keluar awal and kalau aku keluar lewat pun aku akan cek betul-betul. Maybe diorang ingat aku sebab aku selalu keluar lewat.

Tak tak tak. Kali ni bukan aku.

Masuk office bukak email ada lagi reminder pasal isu ni. Siapa punya kerja la ni.


Selasa, 15 Disember 2015

Lapar / Hungry



Semenjak dua menjak ni aku asyik makan je.
Nasi tu kalau boleh asyik nak tambah je.
Kadang - kadang terfikir jugak hantu raya ke apa.
Hahhaha.
Biasanya pagi aku makan nasi lemak. Bahaya kan. So aku stop.
Makan roti je. Tengahari makan nasi pedas. Dah nama pun pedas kan nasib tak cirit birit je.
Tak boleh lawan pedas sambal udang dengan sotong dekat Medan Selera Wangsa Maju.
Hari tu makan nak cirit birit 3 hari.  Dah la nak pergi bercuti tempat orang. Tandas pulak bukan kita punya. Hahahaha.

Kalau makan malam biasanya menu aku tu sama je sebab aku jenis yang setia. Hahahaha. Perasan kan? Tiap hari menu aku Tom yam ayam/daging, telur dadar dan nasi tambah. Tauke kedai pun dah boleh hafal. Ni je yang kena dengan tekak Kelate aku.  Yang lain semua tak ada umphhh. Kalau ada Nasi Kerabu pun okay. Alamak. Dah Drooling dah aku.

Hari ni mengidam nak makan Auntie Anne's. Esok je la. Alang-alang nak g area KLCC. Yummy.

Bai. Nak pergi lunch.

Ahad, 13 Disember 2015

Keep Running Like A Horse



Last Friday, my boss was called me to his room.
He asked me regarding to my resignation
and request me think again. Hmm.. It's hard decision.
He told me this,

He:Did you see the picture I hang in front of the office?
Me: Yes. A group of horses.
He: That picture has a deep meaning. You must not stop what you
doing. Like a horse. You must keep running. If you stop you will kicked by the others.
Me: Yes.



But I'm still with my decision. I'm quit. I want to do something better. Better living.
He offer me for increment but I think that is not important anymore.

Jumaat, 11 Disember 2015

Hujung Minggu Dah Sampai! / Weekend Is Coming!



Yeay!!
5 hari dah asyik menghadap PC ni.
Tiba masanya untuk menghadap drama Korea.
Hahahha. Keluar jalan-jalan? Tak nak. Dah letih dah berjalan
dinegara orang dan menghabiskan duit minggu lepas. Minggu ni minggu menonton
drama dan tidur! Yeah!
Hahaha.

Itu je la aktiviti yang aku buat. Keluar pun untuk makan je.
Tak masak sangat sebab tak suka simpan stock makanan lama-lama
dalam peti. Gamaknya mereput dulu la benda tu dalam peti.
Ye la. 5/7 hari aku dekat office.
Tak la saya bukan pemalas. Kurang kerajinan sikit je.

Tapi minggu ni rasa nak buat cek mek molek la.
Lamo benar doh sero nak make. Cari di KL ni tak dok jupo pulok.
Esok la try buat. Mudah - mudahan. Kekekekeke

*Gambar yang dicilok dari Google. Kredit kepada tuan asal, Terima kasih.

Gaji. Nafsu. Kering.



Awal bulan ni semua masih kaya?
Aku kaya lagi. Gaji baru masuk sebab semua baru masuk office.
Kan minggu lepas semua pergi bercuti.
Kalau semua orang pergi bercuti tak ada la orang yang
nak bayar gaji dan menerima gaji kan? Takkan nak masukkan dalam akaun orang tut tut kan?

Biasanya kalau first day dapat gaji tu macam-macam yang nak dibeli dan makan.
Yang paling penting kena bayar hutang bagai. Sewa la macam aku menyewa je dekat KL.
Bil utiliti la, PTPTN la. Aku MARA. RM50 je sebulan. Alhamdulillah sikit je kena bayar.
Aku pinjam RM52K. Aku bayar RM10K je. Almost 80% discount.
Lepas bayar hutang, hulur dekat family, baki yang tinggal tu la yang nak menyimpan, nak buat sara hidup. Bujang lagi so tak ada commitment untuk family lagi. Mak ayah je.

Then dah sampai tengah bulan tu sampai la fasa kekeringan. Tengah bulan tu kira bahaya sikit. Biasanya aku kering hujung bulan je. Tak suka usik saving sebab nanti nak menggantinya balik macam mustahil. Hahaha. So hujung bulan makan ala kadar. Ukur nafsu di dompet sendiri. Makan nasi yang penting. Maggi? Katakan tak nak. Memang tak makan maggi. Dulu ada orang aku berlagak kaya tak makan Maggi. Suka hati engkau la Labu Labi yang penting tak makan nasi guna duit engkau kan. Bila tengok orang iklan makan Maggi ke Mamee ke kononya nampak sedap sangat tu aku terus terkedu. Hahaha. Tak tahu mana yang sedap. *Ini bukan mengkritik, hanya pendapat peribadi*


Jadi nak tak nak hujung bulan kena tunggu gaji balik dengan terus sabar dan istiqamah.
Lepas tu repeat balik proses Gaji--->Hutang----->Kering


Babai. Assalamualaikum

Khamis, 10 Disember 2015

2015 Lesson

Simple and deep enough:
''2015 taught me how to deal with heartbreaks, how fake people could be and who are the ones who are truly your friends & still there for you.''


Kecewa / Upset

Have you ever been upset in your life?
The moment when you lose everything. People stab you on your back,
cheated and betrayed you?

When you face this kind of situation let just be positive.
Everything happens for a reason. When you lose something that you may
gain something better. In Sha Allah.
Back stabber? They have showed their true face. Leave them.

Everything will turn beautiful if we have a positive mind.
But it is also not a good things if you keep thinking positive.
Must be balance.


Perempuan Bermulut Dan Berperangai Hodoh / Girls With Ugly Attitudes

Mulut hodoh disini bukan bermaksud bibir dan mulut dia tak lawa dan seksi
macam Angelina Jolie. Hodoh disini maksud dia keluarnya perkataan
buruk dari mulut dia contohnya carut mencarut, menyumpah seranah, keji mengeji, mengumpat
dan semua yang buruk la. Tak ada yang baik pun diucapnya.

Pernah jumpa orang spesis macam ini? Suka dengar dia mencarut dan meyumpah?
Kalau aku memang tak tahan. Harap sentiasa dijauhkan dari orang yang macam ni.
Tolong la awak tu perempuan kot. Tak malu ke sebut benda bukan-bukan.
Depan laki dan orang tua pulak tu. Lepas kalau orang tegur kononnya tak pandai 
berpura-pura. Baguslah. Bukak la aib diri sendiri. Jangan marah pulak kalau
orang bukak aib kita. 

Tak cakap dekat sesiapa. Peringatan untuk diri sendiri je supaya tidak bersikap demikian.
Assalamualaikum.

Azam Tahun Baru

Pejam celik pejam celik dah nak habis dah tahun 2015.
Tinggal 21 hari je lagi. Azam tahun baru dah buat ke?
Azam tahun ni dah tercapai?
Azam aku tahun ni ada beberapa lagi yang belum tercapai.
Actually, aku tak ingat pun apa azam aku tahun ni. Hahahah
Yang aku ingat nak pergi Korea je! Tu pun tak tercapai.
Sob sob sob. InshaAllah carried forward ke tahun depan.
Kekekeke. Malam ni nak fikir apa lagi azam aku tahun ni.
Hahahaha.
Kahwin belum lagi. Banyak benda lain lagi nak buat.
Babai. Lunch hour is finish!
Assalamualaikum.

Selasa, 8 Disember 2015

Pengkhianatan

Pernah dikhianati? Pernah mengkhianati? Yang penting 2 perkara ni berbeza.
Dikhianati, anda yang terluka. Mengkhianati, orang lain yang terluka. Yang jahatnya adalh pengkhianat. Tambah-tambah kalau orang kita dah kenal lama.
But don't worry my dear. What goes around comes around. Cepat atau lambat je. Hahahaha.
Biasanya nak kenal orang pengkhianat ni boleh nampak dari awal.
Kalau anda dah pernah nampak dia mengkhianati orang lain tak mustahil dia akan lakukan lagi.
Doakan yang terbaik untuk orang macam ni. Hahahah.

Janganlah pulak berdendam. Hahahha.. Jauhkan diri je.
Lagi satu jangan mudah letakkan kepercayaan untuk orang macam ni. Hahahah.

Trip oversea tu lain kali la aku ulas.
Nak kasi detail sikit. Hahahaha.

Papai.
Assalamualaikum.

Selasa, 1 Disember 2015

Esok Sehari Lagi

Yeayy!! Esok sehari je lagi kerja. Then pergi bercuti.
Alhamdulillah nikmatnya hidup. Tak jauh pun pergi tapi bukan dalam Malaysia.
Sebenarya aku ingat tahun ni nak pergi Korea tapi tak kesampaian lagi.
In Sha Allah tahun depan. Amin. Nak main salji, cari jodoh.
Kekeeke. Manalah tahu kan. Sambil menyelam sambil minum air.

Pergi melancong tak lama pun. 3 hari 2 malam je. Balik then rehat sehari pastu kerja.
Warghhhh. Dan 31 Disember ni mungkin hari terakhir aku sebagai Auditor di CNC.
Pelan seterusnya biarlah rahsia. Kekeeke.

Babai. Nak makan.

Isnin, 16 November 2015

Aku dah buat keputusan.

Dan keputusan aku hari ni adalah pergi.
Aku Ada impian aku. Impian ni aku dah pasang lama.
Semoga Allah permudahkan segala urusan.
Amin.

Jumaat, 13 November 2015

Pilihan paling susah yang anda buat?

Apa pilihan yang paling susah anda pernah buat? Hidup ni kan satu pilihan
Hari ni aku dalam dilema samada nak terus stay atau berlalu pergi. Tolong!

Jumaat, 2 Januari 2015

6 Bulan Pertama Berkerja / My Working Experience

Assalamualaikum.

Wah! Dah 6 bulan dah aku kerja dekat sini *merujuk kepada tempat kerja aku bukan tempat aku tengah menghadap laptop yakni bilik tidur*
6 bulan dekat sini la. Sebelum ni aku dah kerja tempat lain tetapi kerana semangat ingin berhijrah dan
memperbaiki diri *cih* aku mencari tempat yang lebih baik untuk memprak pruk tikkan pembelajaran perakaunan aku. Meh meh meh.

Kerja kat sini best bab stress tu semua tempat stress kan. Kerja dekat zoo pun stress walaupun ada
haiwan yang cute miut macam panda tu. *tipu* Haip! Cuba bayang awak sebagai penjaga zoo, kalau panda tu tak nak makan then kurus kering dah tak macam panda then jadi viral salahkan awak. Awak stress tak?
Tak? Okay. Hahaha

Pengalaman pada bulan pertama bekerja dekat sini biasa je mula - mula masuk. Malu - malu tak banyak cakap. Sekarang pun sama lagi tapi confident level tu tinggi la sikit masa nak bercakap. Tempat aku kerja ni tak ada la besar sangat. Biasa - biasa je. Mana kita bekerja tak penting tapi apa yang kita dapat. Betul dak?
Mula - mula kerja tu aku cuma buat kerja biasa. Fotostat, binding. Pergi buat stat audit dan kerja - kerja audit firm yang ringan je. Kang bagi yang besar menangis aku. Bulan pertama tu aku kerja 3 minggu je sebab aku masuk minggu ke dua. Minggu pertama aku kerja dekat Kelantan then berhenti.

Bulan ke dua pun still sama macam bulan pertama dan masih lagi pekerja percubaan. Meh meh meh.
Buat akaun dan kerja kerja audit firm.

Bulan ketiga still sama tapi sibuk sikit and dapat buat company yang sederhana besar.
Agak mencabar tapi senior kat sini banyak bantu yang mana - mana tak faham. Enviroment pun ok buat masa ni.

Bulan ke empat company yang lagi besar sikit. Biasanya buat akaun la. Akaun okay. Just key in data tapi
mengantuk tahu tak. Aku banyak kali terlelap. Takpe kita minum dulu kopi secawan. Kekekeke

Bulan ke lima dan ke enam ni aku banyak buat akaun. Akaun ni biasa je tak mengantuk macam audit. Hehe~ Mengantuk dia pun tahap manja lagi. Kadang - kadang menyesal jugak kenapa la tak belajar akaun awal - awal. SPM dulu ambik aliran sains sebab cita - cita nak jadi Doktor. Last sekali bukan doktor yang aku
jadi. Tak kisahlah kerja apapun yang penting halal dan berkat. Ye idok?

Jarak tempat kerja aku sekarang dari rumah oklah. Tak jauh pun. Naik LRT dalam 8-10 minit dah sampai.
Tapi haruslah berdiri. Dapat duduk tu memang untung la.

Sekarang, aku dah bersyukur dengan apa yang aku ada. Rancangan seterusnya Degree! Yeah. Aku tak boleh buang masa lagi. Semakin lama aku buang masa semakin rugi.

InshaAllah segalanyanya akan berjalan lancar.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Assalamualaikum

Khamis, 1 Januari 2015

Azam Tahun 2015

Assalamualaikum...

Wah! Dah tahun baru weh. Cepatnya masa. Rasa macam baru semalam je
belajar tadika. *nampak bebeno nipunya.

Tahun bertambah usia bertambah. Ye idok? Bilangan usia tu tak penting
yang penting apa yang kau buat sepanjang usia kau. Betul tak? Baik kau cakap betul.
Usia panjang tapi kalau tak benda yang berguna kau buat berbaloi tak? Jadi isilah sepanjang
usia kau dengan perkara yang berguna kepada nusa bangsa dan agama. Dulu kini dan selamanya.
Meh meh meh..

Jadi berbalik berguling - guling kepada topik. Azam aku tahun ni tersangatlah banyak
sebab brought forward dari tahun lepas. Ceh. Power tak brought forward aku? Ye silakan muntah.

Azamku.. Jeng jeng jeng. Here we go. My top 5 :

1. Travelling. Mana - mana aku tak kisah dan tak ambil kisah asalkan ada salji
2. Laptop baru
3. Duit banyak dalam akaun.
4. Sambung degree atau ACCA
5. Boleh bagi duit dekat family banyak - banyak.

Semoga berjaya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Azam tahun baru korang pulak macam mana?

*dapat pergi macam dalam gambar ni pun ok jugak... Hehe~