Followers

Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Melihat Wajah ALLAH

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat. Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah. Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)— آل عمران : 77
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره )
Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”

Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”

Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.
في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك
Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan
وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ‏ ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏ ‏فضل ‏ ‏ماء ‏ ‏بالفلاة، ‏ ‏يمنعه من ‏ ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa

Rasulullah bersabda:
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي
Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Days
Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marahApabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.
عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau
المسبل إزاره المختال في مشيته
“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”
15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني
Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”

sumber :http://blogs.iium.edu.my/norasita


p/s :Subhanallah..semoga kita bukan daripada golongan diatas.. Semoga dapat dijadikan teladan buat semua. :))

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Sabtu, 24 Disember 2011

Alhamdulillah..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

ALHAMDULILLAH ...Heheh...tu perkataan pertama yang kita nak cakap..Sebabnya sekarang niy rezeki bertambah - bertambah .. Hehe

First of all , happy sangat sebab external baru dah dapat . Yeay .. Yeay..
Tapi yang tak "happy" sebab semua benda dalam external lama  tak dapat diselematkan.
Nak buat macam mana .Tak ada rezeki.. Redha je kan??

Patah tumbuh , hilang berganti . Ye dak??
Ye la kan..Tak percaya ??
Tengok pokok yang dahannya dah patah.Dahannya tumbuh balik kan.Hehe..
Lepas niy boley la start men"download" balik..
Hehe..Tak ada kerja lain men"download" je kerjanya.
Saja buat hilang borink.Tak stress sikit.Kui3..

Misi : Siapkan semua asignment sebelum cuti mid sem..
Peratus Kejayaan Misi : 100 % .InsyaAllah.. :))
Faktor Kejayaan Misi : Fesbuk sudah dinyahaktifkan

p/s : Tanamkan sifat redha dalam diri kita .InsyaAllah  kita dapat mendidik diri kita menjadi insan yang penyabar..Wallahualam.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :))

Jumaat, 23 Disember 2011

Siapakah Musuh Bagi Iblis

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...
Siapa erk musuh bagi iblis.??

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya : "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"
Iblis menjawab :"Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.


2. Imam dan pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur dan amanah.

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14. Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya.

15. Orang yang berdiri melakuka
n solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur. 



p/s : renungan dan iktibar buat semua.peringatan untuk diri sendiri juga :))


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh

Jumaat, 16 Disember 2011

Tiga Perkara Yang Membinasakan , Meninggikan Darjat Dan Menghapuskan Dosa

Assalamualaikum Warahamtullah Hiwabarokatuh :))



Abu Hurairah radhiyallahu Anhu berkata bahwa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

"Ada 3 perkara yang dapat menyelamatkan manusia (dari siksa Allah); ada 3 perkara yang dapat membinasakan manusia; ada 3 perkara yang dapat meninggikan darjat manusia; dan ada 3 perkara yang dapat menghapus dosa."

3 hal yang dapat menyelamatkan manusia (dari siksa Allah) adalah:

-Takut kepada Allah Ta’ala, baik ketika berada di tempat sepi maupun ketika berada di tempat ramai;
-Berpola hidup hemat dan sederhana, baik saat tidak punya maupun saat kecukupan;
-Selalu berlaku adil, baik saat senang maupun marah.

3 hal yang dapat membinasakan manusia adalah :


-Sangat bakhil;
-Senantiasa memperturutkan hawa nafsunya; dan
-Membanggakan diri sendiri.

Kriteria sangat bakhil/kikir ialah tidak mau menunaikan hak Allah atau hak orang lain. Dalam riwayat lain disebutkan: "Kikir yang ditaati." Meskipun pada wataknya manusia itu kikir, tetapi jika tidak ditaati tidak akan membinasakan pelakunya.

3 hal yang dapat meninggikan derajat manusia ialah:

-Membudayakan ucapan salam (di kalangan kaum muslim);
-Suka memberi makan kepada tamu dan orang yang lapar; dan
-Shalat tahajjud pada tengah malam saat orang-orang sedang tidur nyenyak.

Adapun 3 hal yang dapat menghapuskan dosa adalah :

-Menyempurnakan wudhu’ meskipun cuaca sangat dingin;
-Melangkahkan kaki untuk melakukan shalat berjama’ah; dan
-Menunggu tibanya waktu solat yang kedua usai mengerjakan shalat yang pertama."

Yang dimaksud dengan adil, baik saat senang maupun saat marah, adalah orang yang yang bersangkutan tetap berpegang teguh pada prinsip keadilan dan tidak mudah terpengaruh oleh emosinya, yang semuanya itu dilakukannya demi mengharap ridha Allah semata.


P/S :peringatan untuk semua dan diri sendiri juga :))




Undang Undang Dunia Vs Undang Undang Akhirat

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Seorang budak kecil bertanya... "Kenapa kakak pakai topi keledar itu...?"
Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan kita juga... kalau berlaku kemalangan, kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.

Adik itu bertanya lagi... "Tapikan kak, kenapa akak tak takut pun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat??? kepala kena bakar kalau tak pakai tudung!!! Bukan sekadar memakai tudung je... Tapi,aurat tu jugak kita kena tutup dengan sempurnakan kak???"

Kakak itu sekadar tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...

Fikir2kan & selamat beramal...


P/S : UNDANG UNDANG DUNIA KITA DAH TAKUT , UNDANG UNDANG DAN PENGADILAN KAT AKHIRAT NANTI BAGAIMANALAH AGAKNYA??PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SESAMA ISLAM :))


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH

Khas Untukmu Wanita

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :))

khas untukmu yang bergelar wanita :


Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?
JawabNYA: Kerana wanita itu unik.
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa,


KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak-anak dalam keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang-orang yang ia sayangi


Wanita makhluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.


p/s : berbanggalah menjadi seorang wanita kerana dirimu amat istimewa .
"DUNIA INI ADALAH PERHIASAN DAN SEBAIK - BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH"


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH...

Hikmah Memelihara Janggut

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.

Pada pendapat anda bagaimana rupa seorang lelaki itu jika mempunyai janggut??Semakin kacak atau anda berasa amat serabut apabila melihatnya??Jamgan pandang rendah pada janggut tau.Ia merupakan sunnah Rasulullah supaya menyimpan janggut ..

Sabda Rasulullah SAW :
  "Cukurlah kumis dan peliharalah janggut ." (HR.Muslim)

 Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.

  Dr. Jamnul Azhar Mulkan , seorang doktor perubatan , pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah , dalam satu ceramah , mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis , bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

  Menurutnya , kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology , Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact Of Human Body  mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita . Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH...

  Caranya hanya melalui sentuhan .Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana masalah kesuburan , ataupun kerana jarang anak dan mahu dirapatkan lagi , mintalah supaya lelaki anda menyimpan janggut ,dan belailah janggut suami anda selalu.

  Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disaran oleh ISLAM sejak zaman silam , boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Wallahualam...

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

  

.

Khamis, 15 Disember 2011

Persoalan Dan Jawapan

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh

Kita memang suka bertanya kan..??Setiap soalan pasti ada jawapannya.

Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya. 

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45) 


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)


Wallahualam....

Semoga menjadi teladan buat kita semua.Yakinlah dengan Allah.Jangan pernah berputus asa dari nikmatNya.Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar..

sumber : yt

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Siapa patut kita cemburukan....??

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh....

Siapa yang sepatutnya kita cemburu sebenarnya yer ?? Kepada orang yang kaya ke??Kepada mereka yang ada boyfriend ke??Kepada mereka yang cantik ke?Sebenarnya kita sepatutnya cemburu kepada mereka yang :

1)Manusia yang diuji oleh Allah kerana Allah menyayangi mereka.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(Surah al-ankabut, ayat 2-3)

2)Manusia yang sakit kerana Allah akan menghapuskan dosa mereka.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


3)Manusia yang sayangkan keluarganya kerana Allah mengurniakan mereka insan untuk disayangi dan didoakan.


Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)



4)Wanita yang menutup aurat mereka untuk mereka yang berhak sahaja melihatnya.

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung"

5)Mereka yang menangis kerana rindu dan takutkan Allah kerana Allah menganugerahkan air mata tersebut untuk melakukannya begitu.

 ”Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya dan tidak akan berhimpun antara debu fi sabilillah dengan asap neraka.” ( HR Imam Ahmad, Hannad, al-Thirmizi, al-Nasai, al-Hakim, al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman)
Sabda baginda saw lagi:
” عينان لا تمسهما النار ، عين بكت من خشية الله ، وعين باتت تحرس في سبيل الله “.
Maksudnya: Dua mata yang tidak disentuh api neraka. Mata yang mengalir kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah.”
Rasul saw dan sahabat adalah contoh terbaik manusia yang menangis kerana takut dan rindukan Allah.

•عن عبد الله أبن الشخير يقولُ: ((أَتَيتُ رسُول الله -صلَّى الله عليه وسلَّم وَهُوَ  يُصلِّي وَلَجَوْفِهِ أَزِيزٌ كأزِيزِ المِرْجَلْ من الْبُكاءِ)) رواه أبو داود •
“ Aku datangi nabi SAW ketiks baginda solat dan dari dadanya terdengar suara bagaikan mendidihnya kuali kerana beliau sedang menangis” HR Abu Daud


6)Seseorang yang solo (single ) kerana mereka tahu Allah telah menyediakan seseorang yang istimewa sebagai jodoh mereka yang mereka akan temui melalui cinta Allah.

Rasulullah pun telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. 
 Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Tidak perlu kita ke hulu ke hilir kerana mencari jodoh kerana Allah telah menetapkan dan menentukan segala-galanya.Cintailah Allah dan mencintai kerana Allah.

Cinta sebelum kahwin itu adalah haram.Cinta yang halal dan sah hanyalah selepas kahwin.

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang solehah itu itu idaman lelaki solehah.

  “Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)

Firman Allah SWT:
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”(al-Israa’:32)
Wallahualam


p/s: setiapa apa yang berlaku adalah ketentuan dariNYA  yang Maha Esa .Kita sebagai hambanya yang bertakwa dan beriman hendaklah redha dengan ketentuannya.Alangkah bahagianya kita jika menjadi seorang wanita yang solehah dan lelaki yang soleh.Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga ingat mengingati sesama saudara Islam.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Sabtu, 10 Disember 2011

Aurat Wanita

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Terdapat 13 Aurat wanita yang disenaraikan yang mesti dijaga oleh wanita :))


1.bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.kaki memakai gelang berloceng-
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3.wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5.gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwaytaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.muka dan leher
 -at At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah cip
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.muka dan tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D <> aud <> , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13.rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



p/s:dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah :))
lelaki yang baik untuk wanita yang baik..lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat...


Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarokatuh

Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa

Assalamuaalaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :))

Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?
Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :
Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : 
Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku 
Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.

Awasi Diri Kita Apabila Ketawa

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :))

Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pun ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lawak mereka. "KEH KEH KEH KAH KAH" 

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH" 

Di dalam masjid pun, orang2 boleh ketawa. Borak2 di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. Sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH" 

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu ketawa sepanjang masa. "maafkan saya, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH" 

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..". 

Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati". 

"Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan". 

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain. 

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila? 

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"...

sumber : halaqah.net

p/s: peringatan untuk diri sendiri juga. :)) kadang2 kita ketawa bila melihat orang melakukan kebaikan padahal tiada benda yang ganjil walhal ianya adalah fitrah manusia.. :))Selamat beramal..Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..