Followers

Halaman

Jumaat, 20 April 2012

Satu Soalan Buat Hawa , Satu Jawapan Dari Adam

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.


Satu Soalan Buat Hawa.






Pandang kanan, awek shawl merah jambu . baju sendat. vogue....


Pusing kiri, awek shawl kelabu . tengkuk terdedah. gorgeous.


Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.


Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.


Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?


Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?


Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?


Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?








Baca ni ;


Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.


Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.


Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?


Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~


"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..


credit to : xngat daa.. sorry..


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Bekal Seorang Daie

 Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..


Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”

-Hassan Al Basri


“seseorang Da’ie tidak akan lari dari medan Dakwah”
credit to : fesbukk.com  '

p/s: dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya aku seorang ustaz/zah. labuhnya tudung ku, tidak semestinya aku seorang yang alim. dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya. aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu. cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik. 
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.. 

Gomo Kelate Gomo : Debaran Piala FA

Assalamuaalaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..


Hehe~ Tak salah kan orang perempuan minat bola . Buat entry pasal bola sebab kite peminat fanatik THE RED WORRIOR. Hehe. Untuk perlawanan esk iaitu 21 April 2012, Kelantan akan bertemu dengan Kedah untuk perlawanan separuh akhir pertama PIALA FA. Untuk suku akhir pertama ni akan berlansung di Stadium Sultan Muhammad ke IV live di RTM .
Harap sangat Kelantan akan mara ke pentas akhir dan berjaya bawak pulang PIALA FA buat pertama kalinya di bumi Kelantan ni. Tak pandai nak komen2 sangat pasal bola ni .Hehe , semoga kelantan akan menang berdasarkan prestasi yang ditunjukkan  tak mustahil untuk Kelantan menang tapi Kedah pun boleh cipta kejutan dengan pemain import baru dorang. Pakat doa rama2 nge bagi semangat ko player kelate kito. InsyaAllah PIALA FA milik kita.Amin Ya Rabbal Alamin.






p/s : dengan usaha dan doa tiada yang mustahil. InsyaAllah..


Assalamuaalaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.

Khamis, 12 April 2012

TIPS MERAWAT DAN MENYERIKAN WAJAH MENGIKUT ISLAM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH..


Merawat dan Memutihkan Wajah Dalam Islam

Assalamualaikum..

Bila kita sebut pasal memutihkan wajah mesti terbayang pencuci muka yang mahal-mahal dan berhasil memberikan kesan dalam 4 minggu. Namun tahukah kita dalam Islam telah menggariskan cara untuk kita merawat malah memutihkan wajah kita yang sangat kita sangat sayang ini.

Ketahuilah bahawa terdapat cara yang mudah dan FREE je untuk mendapatkan wajah idaman tidak kira umur dan lapisan masyarakat. Baca di bawah ini.



1.DENGAN BERWUDUK

Berdasarkan Al-Qur’an Surat Al-Maidah 6 :
“Hai orang orang yg beriman apabila kamu hendak mendirikan solat maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai dengan siku dan sapulah kepalamu dan tanganmu sampai dengan kedua mata kaki .
Ketika membasuh wajah dalam berwuduk

Ya Allah jadikanlah wajahku putih berseri di hari putihnya muka muka dan hitamnya muka muka”.
“Allahumma bayyidh wajhii yauma tabyadhdhu wujuuh wa taswaddu wujuuh”
2. KETIKA BERSIKAT/ BERCERMIN

Ya Allah sebagaimana Engkau menciptakan aku dengan sebaik baiknya, maka perbaikilah kelakuanku / akhlakku
“Allahumma kamaa hasanta kholqi fa hassin khuluqii”

3. KETIKA DALAM SOLAT

Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dengan lurus berserah diri dan aku bukanlah orang yang menyekutukan Allah.

“Wajahtu wajhiya lilladzi fathoros samaawaati wal ardho haniifan musliman wa maa ana minal musyrikiin”.
4. DENGAN SUJUD
“Sajada wajhi lilladzii kholaqohu wa showwarohu wa saqoo sam’ahu wa bashorohu fatabarokallahu ahsanul khooliqiin”.
Aku sujudkan wajahku kepada Zat yang menciptakannya dan memberikan rupa dan memberinya pendengaran dan penglihatan, Maha Berkat Allah Sebaik baik Pencipta.

5. DENGAN MEMBERI SALAM

Ketika kita mengucapkan “salam” kepada saudara kita sesama muslim, secara automatik wajah kita cerah/ berseri seri.
Hadis Nabi :
“Janganlah kamu memandang remeh kebaikan sekecil apapun, seperti kamu menemui sudaramu dengan wajah berseri seri”.

6. DENGAN MEMPERBANYAKKAN SENYUMAN
Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah.
“Tabassumuka fii wajhi akhiika sodaqoh”

Ketenangan hati kerana berzikir dan sujud membuat wajah kita mudah senyum, wajah kita damai, wajah merupakan jendela untuk melihat apa yang bergejolak di dalam hati.
7. DENGAN MENGHILANGKAN IRI DAN DENGKI
Orang yang di hatinya dipenuhi rasa iri dan dengki , tentunya akan sukar sekali tersenyum, bahkan mukanya akan selalu masam, berkerut, muram dan sinis.

Orang yang di hatinya bersih dari rasa iri dan dengki, akan berwajah tenang, tenteram, penuh senyuman dan penuh kelembutan.
8. DENGAN MENYAYANGI ANAK-ANAK YATIM

Dengan banyak bergaul, menyayangi dan menyantuni anak anak yatim/ piatu hati kita akan menjadi lembut. Dan kelembutan itu akan terpancar dari wajah kita, hingga wajah kita menjadi teduh dan enak dipandang orang.

HASIL PERAWATAN WAJAH

Di dunia wajah kita selalu cerah dan jernih mudah tersenyum, damai, teduh
Di hari kiamat : wajah kita jadi putih berseri pada hari di mana manusia terbagi menjadi dua golongan :
1)Golongan yang wajahnya putih berseri
2)Golongan yang wajahnya hitam

Di hari kiamat kita dikenali dengan bekas bekas sujud di wajah kita. ( ta’rifu fii wujuuhihim min atsaris sujud )



Wallahualam.


P/S: semoga jadikan tips ini sebagai amalan.InsyaAllah
 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH.