Followers

Halaman

Jumaat, 3 Oktober 2014

21 Facts About Me

Assalamualaikum
Selamat sejahtera

Orang lain buat aku pun gatal jugak nak buat.
Saje je suka - suka. Tengah frust orang lain dah balik kampung. Aku melingkar macam ular sawa dalam bilik,  balik rumah malam raya. Untung la ooiii. Tahniah la aku ucapkan! (*sebenarnya aku marah. Kau nampak tak aku tengah marah ni?)

Oklah jom baca kalau korang sudi nak baca fakta orang tak popular macam aku ni. Bhahaha 
(*Rasa macam kurang kasih sayang je ketawa macam ni)

1. Aku benci matematik dan semua benda alah kira - kira tapi aku bekerja sebagai seorang akauntan.
(*Nampak tak?)

2. Aku suka suka suka suka suka kucing. Kucing suka ke tak dekat aku itu aku tak tahu sebab diorang 
tak pernah pulak bagitahu.

3. Anak mak. Tiap - tiap hari adalah satu kewajipan untuk aku telefon mak aku. Kalau tak telefon sehari
rasa macam coklat tanpa manisnya. Mung pehe dok gapo hok aku kias ni?

4. Orang Kelantan. Dulu aku pernah janji takkan pernah kerja dekat luar dari Kelantan. Lastly, sampai la aku ke Keyel ni. Macam mana boleh sampai nanti la aku citer. Hokeh?

5. Aku bukan muallaf der. Aku Melayu walaupun tidak tulen.
50% Malay
25% Indian
25% Chinesse
Tak - tak aku tak bohong. Ini bukan cerita kedai kopi.

6. Aku bukan anak angkat. Aku anak kandung mak aku. walaupun tak sama dengan muka mak aku.

7. Aku suka bolasepak. Sangat - sangat suka. World cup aku sokong Germany. Tak la aku tak sokong Germany sebab dorang yang menang tapi sebab dari dulu lagi aku suka dorg.

8. Tinggi aku 163cm.
Berat 44 kg. 
Yupz! Seorang yang kurus tapi tak kering. Dah macam cara nak naikkan berat badan tapi usahaku hancuss 
tanpa kejayaan.

10. Eldest. Tapi tak ada yang percaya sampai ada yang cakap tak layak jadi anak sulung. 
Lempang sekali baru kau tahu apa erti penyesalan.

11. Suka makan nasi kerabu. Aku tak peduli pizza ke burger ke chezzy  wedges and so on on la asalkan 
nasi kerabu ada depan mata aku, aku baham nasi kerabu dulu. (*meleleh air liur mak)

12. Hantu download. Aku suka download movie drama. Terutamanya Asian punya ( K and J)
Bangun pagi on laptop dan wifi dan bermulalah kerja aku.

13. Seorang yang lurus bendul. Bila bercakap dengan aku sila gunakan bahasa yang betul ya.
Apa yang kau cakap itulah yang aku buat. Contoh situasi seperti dibawah:
Timah: Liyana, tolong bukak plug charger akak jap.
Aku: (*Kokekokeekh) Alamak susah pulak nak bukak plug ni.
Timah: Eh. Bukan bukak plug maksud akak on kan suis charger.
Aku: :3

14. Sensitif.
Kadang – kadang terlampau. Bukan mengada – ngada tapi memang macam ni sejak dari dulu lagi

15. Mudah tak suka dan mudah jugak kesian dekat orang.

16. Minat tae kwon do. Pernah masuk tournament dan tak pernah menang. Asyik kena belasah je. Bersara ketika SPM.

17.  Mudah untuk sayang dan mudah juga untuk jemu tak kira barang atau orang. Hish! Apa punya perangai la. Tak reti hargai lansung.

18.  Bercita – cita nak belajar di luar negara tapi luar negara yang aku pernah jejak Sg. Golok je

19.Belajar tadika 3 / 4 bulan sahaja aku rasa terus berhenti sebab tak suka. Hahaha
Tadika Glory namanya. Aliran Inggeris. Aku sorang je Melayu kot.

20.  Aku ada adik umur 8 bulan walaupun umur aku 21 tahun. Mak aku muda lagi woi.

21 . I am lefthanded :p Kalau pergi main mesti kawan – kawan akan cakap kekok tengok aku main. Tapi aku suka jadi orang yang lefthanded ni bukan sebab lagu Pada Syurga Diwajahmu tapi sebab lefthanded ni rare!

Yeah! Dah habis pun. Bagi tepukan! (*Muka mintak penampar. Dushx3)
Terima kasih kerana khusyuk dan menyampah membaca artikel budak perasan macam aku ni. Jemput datang lagi ya. Papai. Layan facebook kejap.

Assalamualaikum
&
Selamat sejahtera.



Khamis, 2 Oktober 2014

Dah Tua Derrr

Assalamualaikum.

Perghh. Lama gila tak update blog lupa pulak aku ada blog.
Busy.
Busy jaga anak. Al maklum sejak ibu kucing ramai dekat rumah ramai pulak anak
kucingnya.

Dah tua ke aku ni? 21 tahun. Ustaz azhar cakap kalau 20 tahun dah kira tua.
Hai sedihnya hidup. Makin tua makin tak berguna. Hahaha.

Zaman tadika dah. Zaman sekolah dah. Zaman kolej dah. Zaman kerja tengah berlansung.
Zaman kahwin belum. Dalam masa terdekat ni kot. Huihui. Gatai noh cheq ni.

Rindunya zaman sekolah, zaman kolej dalam erti kata lain zaman budak - budak.
Wargghh. Kadang - kadang nak je bagitau Peter Pan rasa macam betul je kenapa dia tak nak
membesar.

Tapi tu semua donggeng. Kalau tak membesar dan tua tak de la cabarannya. Betul tak?

Jadi, hargai setiap detik yang ada. Isi dengan penuh kesyukuran diatas nikmat kurniaaNya.

Ngantuk la pulak.
Esok kerja. Penat tak usah cakap. Tapi inilah hidup. Perlu ada pengorbanan. Sob sob sob.

Sekian.
Terima kasih sudi singgah.
Don't forget to drop your comment here!

Assalamualaikum.
&
Selamat sejahtera.