Followers

Halaman

Khamis, 2 Oktober 2014

Dah Tua Derrr

Assalamualaikum.

Perghh. Lama gila tak update blog lupa pulak aku ada blog.
Busy.
Busy jaga anak. Al maklum sejak ibu kucing ramai dekat rumah ramai pulak anak
kucingnya.

Dah tua ke aku ni? 21 tahun. Ustaz azhar cakap kalau 20 tahun dah kira tua.
Hai sedihnya hidup. Makin tua makin tak berguna. Hahaha.

Zaman tadika dah. Zaman sekolah dah. Zaman kolej dah. Zaman kerja tengah berlansung.
Zaman kahwin belum. Dalam masa terdekat ni kot. Huihui. Gatai noh cheq ni.

Rindunya zaman sekolah, zaman kolej dalam erti kata lain zaman budak - budak.
Wargghh. Kadang - kadang nak je bagitau Peter Pan rasa macam betul je kenapa dia tak nak
membesar.

Tapi tu semua donggeng. Kalau tak membesar dan tua tak de la cabarannya. Betul tak?

Jadi, hargai setiap detik yang ada. Isi dengan penuh kesyukuran diatas nikmat kurniaaNya.

Ngantuk la pulak.
Esok kerja. Penat tak usah cakap. Tapi inilah hidup. Perlu ada pengorbanan. Sob sob sob.

Sekian.
Terima kasih sudi singgah.
Don't forget to drop your comment here!

Assalamualaikum.
&
Selamat sejahtera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan