Followers

Halaman

Rabu, 18 September 2013

Better be alone than surrounding by sin.

Assalamualaikum.

Eyh title ni banyak maksud tau.
Pada pendapat saya yang memang suka duduk seorang diri ni, saya lebih suka duduk sorang2 tak kira la kat kolej ke, pergi mana - mana ke. Sebabnya, bila bercakap ni macam - macam cerita keluar, pasal Minah la, Timah la, Tijah la erti kata lain mengumpat. Pastu dok sibuk cerita pasal orang lain.

Baik duduk sorang2 kan? aman jiwa.
Tak der orang peduli. Nak buat pape tak perlu ambik kisah orang lain.

Kadang- kadang geram jugak, bila saya duduk sorang - sorang, diorang cakap saya tak suka bergaul dan kurang bersosial. Bagi saya macam ni lagi bagus. Daripada dok berbual sibuk hal orang! Biarlah orang kata saya kurang bersosial asal tak terlebih sosial sudah la.

Malas dah nak bebel.

#I'mNotAlone,I'mJustComfortableWithMyWays.

Some people talks to much!

Assalamualaikum.

Kadang - kadang menyirat betul darah dengan orang yang suka sangat menyibuk hal orang ni.
Cepat je cerita tersebar. Kalau concern tu maybe hal lain ni tak buruk orang jugak yang dia cari.

Kalau orang cerita pasal dia tentu melenting. Kalau awak duk sibuk cerita hal orang, orang tak tau nak melenting pulak. Habis masalah lain terjadi.

Kadang - kadang benda yang kita buat lawak atau bahasa pasar 'cok angin' pun dia ambik serius. Yang tak tahannya siap sebar lagi. Aduiii.. Penat jiwa dan raga kalau ada orang macam ni. Maybe pada diorang itu concern tapi tak perlu melebih sangat kot.

Pleasseee la.. Stop your annoying behavior.

#Layanjeceritamacamnisepertianginberlalu.

Assalamualaikum

Banyaknya Dosa

Assalamualaikum..

Hmm.. Tiba- tiba je jiwa terasa tak tenang. Rasa banyak sangat buat salah dekat orang tadi.
To all, I'm really sorry. It's my faults. I shouldn't treats you like that.
Maybe, I'm too selfish.

Bahana bila kedekut. Kadang - kadang terasa kenapalah susah sangat kita nak tolong orang. Padahal buka benda susah pun, tolong kasi pinjam henpon je pun nak guna untuk google translate.
Yes, kedekut. Sorry sangat - sangat.

Mulut ni pun kadang - kadang terlalu lancar mengeluarkan kata - kata tidak sepatutnya. Padahal hal kecik je. Terlalu beremosi. Tak pasal - pasal dosa kering. Astagfirullahalazim.
Maafkan saya yer kalau ada keterlanjuran kata.

Hati ni. Kenapa mudah sangat nak membenci? Besar dan jijik sangat kesalahan orang tu? Kalau setakat minum air tak mintak tak perlu emosi sangat kan? Halalkan je. Think positif, mungkin tak sengaja.

Kadang - kadang masa perkara tu berlaku kita tak kan fikir panjang pun, lepas perkara tu terjadi baru nak fikir. Tapi setiap yang berlaku tu tak boleh diubah dah. Think about people you have hurts by your words. Hmmmm...

#Hati ini perlu lebih banyak bersabar
# Otak ini perlu lebih banyak berfikir
# Mulut ini perlu lebih berwaspada sebelum berkata - kata.

Assalamualaikum...


Khamis, 4 April 2013

Kurang ajar ke pemandu di negara kita?


Assalamuaalaikum.

Lama sudah tak ‘ngedate’ blog. Dah bersarang dah kot. Haaha.
Tak mahu lari topik. Betul ke pemandu di negara kita ni kurang ajar? Sila jawab.
Pada pendapat saya, (‘ayat skema BM’) bukan semuanya kurang ajar tapi banyak yang kurang ajar dan  tak berhemah dari yang berhemah. Betul tak? Itu atas pengalaman masing – masing la. Dan bukannya saya nak bagi pendapat ni sebab saya pemandu yang 100 peratus berhemah. Tetapi sekurang – kurangnya bila kita menegur ni, ada la kesedaran dalam diri sikit. Kan?

Sebenarnya banyak sangat sikap kurang ajar yang perlu diperbetulkan. Jangan sampai sebab kesilapan kita nyawa orang lain melayang dan jangan sebab kesilapan orang lain nyawa kita melayang.
Contoh sikap kurang ajar yang pertama, bagi kereta, memotong di double line. Takkan cikgu sekolah memandu tak cakap kot tak boleh memotong di double line!! Maybe tak nampak ke apa ke wallahualam. Tapi tak kn la dekat jalan sekolah yang terang – terang tu nak memotong jugak? Cari nahas ke?

Yang kedua, naik melebihi had laju, yang ni biasa la ni waktu pagi semua nak tekan pedal minyak sampai habis. LOL, bukannya awk sorang je nak cepat. At least, utamakan keselamatan dulu. Dah la laju, kat area sekolah pulak tu, nak kalau ada budak sekolah kat situ dan langgar budak tu, apa hang nak jawab? Hahah. Kat selekoh pon dia nak laju jugak, tak pantang menyerah betul. Abang kakak, tau la ada kereta tapi jangan la sampai kena makan sumpah seranah orang yer. :P

Yang ketiga, himpit – menghimpit. Tak ada la dia himpit sampai terbabas tapi dekat sangat jaraknya. Tak boleh pandu kereta tengah sikit ke? Kesian penunggang motosikal tau tak.

Yang keempat, main masuk je dalam aliran trafik. Hoi, dah la ada kereta. Tak kisah la nak masuk kalau tak ada kereta. Mujur tak makan besi dek kerana terpaksa break emergancy. Biasanya pemandu bas ramai yang buat mcm ni. Haha. Jangan marah yer pak cik bas. Dah banyak kali dah kena. Lepas siap dia berhentikan penumpang, bagi signal terus masuk, mujur tak bergesel. LOL.

Yang kelima, amboi banyaknya. Dah lama simpan. Sobs T_T . Dah tiba masa untuk diluahkan. Hehe. Ok la, yang kelima. Tak bagi signal. Tak kisah la mana – mana. Contohnya. Masa nak gerak keluar dari aliran trafik .Sesuka hati dia je keluar camtu. Kalau orang belakang langgar siapa nak jawab? Kalau ada motor kat belakang macam mana? Masa nak masuk dalam aliran trafik pun macam tu jugak. Bertimbang rasa la sikit.  Yang paling sebak sekali bila tak bagi signal. Amboi, kalau kena rempuh or kena langgar siapa nak bertanggungjawab? Memang silap sendiri la kan?

Yang keenam, parking. Ikut suka hati girang je nak parking mana  - mana. Maaf la, sy bukannya nak menyibuk. Tapi jangan la parking dekat laluan orang keluar masuk! Menyusahkan orang tau tak. Kejadian ni terjadi masa nak pergi pejabat pos hari tu, tup tup tak boleh nak masuk sebab tersekat bila ada kereta parking dekat laluan nak masuk.  Bukan ke ni dah menyusahkan orang.? Jangan sampai orang yang nampak cakap, ‘kereta mahal tapi parking tak reti.’ I’ not sure la pemilik kereta tu laki ke perempuan. Tapi yang penting toleransi tu perlu bila kita menggunakan bersama – sama. Lain la kita sorang je guna jalan raya tu. Memang tak la.

Yang ketujuh, tak bagi laluan bila jalan sempit. Hai, geram – geram. Ni be
rlaku bila kereta dengan motor la. Kalau kereta dengan kereta memang kena bagi la kan? Tak pasal – pasal jadi kemabar siam kereta tu dek kerana bergesel dan tup bercantum. Haha. Ok enough. Tak ada rasa nak bertimbang rasa ke? Bagi la kat motor tu sikit. Bukan mintak banyak ruang pun. Tak pasal – pasal terpaksa terjun longkang tepi jalan nanti sebab takot accident.

Yang kelapan, tak patuhi lampu isyarat. Kalau berlaku perkara tak diingini macam mana? Sabar la sikit. Orang lain pun nak cepat jugak. Boleh jer tunngu. Kalau rasa tak suka tunggu lampu isyarat tu  tukar warna ijau, silakan guna kereta terbang. Haha. Gurau je


Lenguh sudah jari jemari ini menaip. Banyak lagi sebenarnya yang boleh diambil iktibar. Bukan niat saya untuk menempelak. Tapi sekadar untuk mengambil pengajaran dan dikongsi bersama –sama. Kalau boleh dibetulkan kita tegur dan sama- sama baikinya. InsyaAllah. Kepada ada yang terasa saya minta maaf. Kerana saya juga bukan manusia yang sempurna. Assalamualaikum. :D

Sabtu, 9 Mac 2013

Video Apa Pulak Ni?

Assalamualaikum..

Entah video apa yang tetiba keluar dekat side home blog ni.
Spam or virus entahla..
Mohon jangan di'klik'.
Adoiii.. Dah la video tak baik. Ish - ish
Macam mana boleyh ada pun tak tahu la.
Antara salah tertekan or tersalah masuk .
Semoga cepat hilang la spam tu.
Amin...

Jumaat, 8 Februari 2013

Aurat : Wanita Jangan Ambil Mudah

Assalamualaikum..



Menjaga aurat bagi seorang perempuan adalah amat penting. Betul tak?
Seperti yang kita dah memang tahu, aurat perempuan tu seluruh anggota badan
kecuali muka dan bahagian tapak tangan.
Tapi sekarang ni, seperti kita ambik mudah je pasal soal aurat ni.
Kadang- kadang malu dengan diri ni, bila tudung singkat, seluar yang kelihatan ketat ( mungkin sebab dah gemuk, heehe), rambut nampak. Hmmm.. Dah tahu dosa tapi tak nak ubah. Hmm
Betapa derhakanya pada yang maha kuasa.
Kadang - kadang sedih bila lihat dengan keadaan sekeliling, ramai yang tidak berhijab.
Saya sendiri bukanlah seorang yang baik untuk menilai orang lain dan mungkin juga bermula
dari pengaruh diri saya yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan kemudiannya menyebabkan
orang lain menjadi terpengaruh sehingga tidak menutup aurat dengan sempurna.

Seperti yang kita dapat lihat dan perhatikan sekarang ni, semua orang ada akaun fesbukk termasuk
saya sendiri dan bila dah fesbuk mestilah banyak gambar kan? Alasannya supaya dapat kongsi dengan kawan- kawan. Seharusnya gambar yang tak sepatutnya tu tak perlulah nak diupload. Contohnya gambar yang tidak menutup aurat, gambar yang men'giur'kan dan berposing berlebihan-lebihan. Simpan je untuk koleksi peribadi. Dapat dosa 'free' bila upload gambar yang tidak menutup aurat ni ditatap lelaki bukan mahram. Semakin ramai orang tengok, semakin bertambahlah dosa kita. Amboi, hipotesis la
pulak. Hehe.
Jadi bukanlah satulah satu kepentingan untuk kita upload gambar2 kita dalam fesbuk. Kalau sebab orang nak kenal kita sekalipun perlu ke masuk gambar dalam fesbuk? Biarlah orang suka kita kerana kecantikan akhlak kita, bukan kerana kecantikan rupa paras kita semata - mata.

Teringat satu ayat yang baru lepas baca tadi,

It doesnt matter what you look like on the outside. Its whats on the inside that counts.
Nampak kan? Hehe.. Jadi kalau ada gambar kita yang tak menutup aurat tu mohon la padam. Bukan kita je, kalau yang ter'upload' yang kawan-kawan or saudara mara yang tak menutup aurat tu padam la. Kasihan mereka. Kasihan juga kita. Bak kata ustaz kat tempat kolej saya, ' kalau awak redha gambar awak yang tak menutup aurat di'upload' di fesbukk bermakna awak redha aurat awak didedahkan dikhalayak umum.
Bukan sahaja di fesbukk, kat laman sosial mana - mana pun tak usahlah. Kumpul pahala dan amal sahaja. Dosa tak payah.. Hehe.. (peringatan untuk diri saya sendiri).

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklahmereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecualiyang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah merekamenutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).
Wallahualam

Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat dan peringatan kepada semua termasuk saya. Sebarang kesilapan mohon ditegur. Sebarang kekasaran mohon dimaafkan. Saya hanya manusia biasa.

Assalamualaikum....

Khamis, 7 Februari 2013

Justice For Aafia

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..


Banduan 650."

WE'RE MUSLIM AND WE'RE NOT TERRORIST. LETS PRAY FOR AAFIA..


Itu nama lain bagi saudari seIslam kita, Dr. Aafia Siddiqui.

Pada bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya harus melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah. 

Tahukah apa yang Aafia katakan kepada ibunya?:

"Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?) “Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..” Subhanallah. ( rujuk: http://tausyah.wordpress.com/2012/10/17/dr-aafia-siddiqui-seorang-ilmuwan-muslimah-pakistan-yang-di-perkosa-disiksa-dan-dilecehkan-di-dalam-penjara-beserta-pidato-lauren-booth-bahwa-aafia-kerap-bermimpi-bertemu-dengan-rasulullah-dan-aisya/ )

Siapakah Aafia?

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau. 

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika. ( Rujuk ucapan Yvonne tentang Aafia: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded )

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri. ( rujukan: http://luv-ima.blogspot.com/2010/07/banduan-650-dr-aafia-siddiqui.html )

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder).

Skrg tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini. 

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2 Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.

"Ya Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin."
 Justice For Aafia. Lets pray for her
We're Muslim and We're not terrorist!!!!

Terpadam Header Blog -_-

Assalamualaikum..
Alahai.. Malang betol la...terpadam la plak header blog...
Nak kena tempah yang lain plak >.>
Al maklumlah kita ni mana la reti nak buat header..
Merosakkan reti la... Hmm..
What should i do now???
Sleep... Let my brain to sleep first..
Tidur la.. Tidur la otakku..
Jangan runsing. Bak lagu .. ermm ..ermm
Ntah.. Tak ingat dah apa tajuk dia.
' Janganlah kau bersedih cuz everything is
gonna be okay. Alright.
Selamat malam semua. Malam jumaat mcm ni jangan lupa
baca surah al - kahfi yer..
Banyak manfaatnya.. Sehingga berjumpa lagi..
InsyaAllah..
Assalamualaikum..

Khamis, 3 Januari 2013

Kepada: My Encikk Jodoh

Assalamualaikum

Kepada: My Encikkk Jodoh

Walau siapa pun awak, saya akan tunggu awak. Sehingga masa yang tepat saya akan tetap menunggu.
Walau siapapun awak,
saya akan cuba untuk terima awak seadanya..
Seandainya awak tak mempunyai rupa yang tampan
sekalipun, itu tidak memberi sebarang masalah.
Kerana cantik itu subjektif dan bukanlah sesuatu yang sangat penting.
Apa gunanya awak bermuka tampan tapi berperangai buruk
dan tidak mampu memimpin saya nanti.
Semoga awak nanti seorang yang mampu memimpin saya
ke jalan yang lebih diredhai-Nya.
Sehingga hari ini, saya masih tertanya - tanya siapa awak.
Tapi tak mengapa kerana saya yakin, walau siapapun awak, awaklah yang terbaik buat saya.
Semoga bila masa itu tiba, kita dapat menerima seadanya antara satu sama lain.
Semoga kita lebih menghargai antara satu sama lain. :)