Followers

Halaman

Khamis, 3 Januari 2013

Kepada: My Encikk Jodoh

Assalamualaikum

Kepada: My Encikkk Jodoh

Walau siapa pun awak, saya akan tunggu awak. Sehingga masa yang tepat saya akan tetap menunggu.
Walau siapapun awak,
saya akan cuba untuk terima awak seadanya..
Seandainya awak tak mempunyai rupa yang tampan
sekalipun, itu tidak memberi sebarang masalah.
Kerana cantik itu subjektif dan bukanlah sesuatu yang sangat penting.
Apa gunanya awak bermuka tampan tapi berperangai buruk
dan tidak mampu memimpin saya nanti.
Semoga awak nanti seorang yang mampu memimpin saya
ke jalan yang lebih diredhai-Nya.
Sehingga hari ini, saya masih tertanya - tanya siapa awak.
Tapi tak mengapa kerana saya yakin, walau siapapun awak, awaklah yang terbaik buat saya.
Semoga bila masa itu tiba, kita dapat menerima seadanya antara satu sama lain.
Semoga kita lebih menghargai antara satu sama lain. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan