Followers

Halaman

Khamis, 29 November 2012

Manusia Terlalu Mudah Menghukum

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Manusia terlalu mudah menghukum. Menghukum apa? Hukum gantung ke, rotan atau berdiri atas meja? Haha tak ada la macam tu. Maksud saya disini adalah menghukum orang lain asal benda yang mereka nampak tu salah. Contohnya disini, kita baru balik dari kedai lepas tu kita nampak seorang lelaki yang tidak dikenali masuk ke kebun jiran kita. Mesti kita terus fikir bukan - bukan. Betul tak?
Kalau letak pada diri saya sendiri pun saya akan fikir bukan - bukan. Padahal lelaki tadi masuk kebun jiran kita tadi sebab jalan pintas dia nak kemana- mana ke dan dia bukan dari kampung tu.

Tak faham lagi? Okay - okay penerangan lain pula.

Contoh yang seterusnya, kita ada kawan lelaki. Dia baik. Dia dapat keputusan cemerlang SPM dan dapat sambung di universiti. Lama tak jumpa. Masa jumpa tu nampak lain. Kurus, cengkung dan tak terurus. Mesti fikir bukan - bukan? Betul tak? Mesti kita ingat, 'eyh dia ni hisap dadah ke?' Betul tak? Padahal dia sakit sebab tu macam tu.

Apa salahnya kalau kita bersangka baik je. 'JANGAN TERLALU MUDAH MENGHUKUM.'
Apa agaknya perasaan kita kalau orang buat macam tu? Mesti la tak suka kan?

Moralnya disini, bersangka baik jika anda tidak mahu orang lain bersangka buruk kepada anda.
:)
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Rabu, 21 November 2012

You're beautiful :)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.
Selamat sejahtera.

Sedih? Sedih kerana melihat keadaan fizikal diri kita?Jealous bila tengok orang lain semua lawa, cute dan ramai peminat? Sedih sebab merasakan diri anda tak punya apa - apa? Janganlah sedih mungkin kita je yang tak sedar akan apa yang kita punya sekarang. Untuk
apa rupa yang tak cantik sampai menjadikan kita riak dan lupa diri?
Bak kata kawan saya, ' what's important for a beautiful face if have a heart like witch.'
Tengok - tengok, rupa tak penting. Yang penting hati. Orang yang memilih kita
sebab rupa kita bukan orang betul - betul cintakan kita betul tak?
Jangan sebab nak cantik kita sangggup buat perkara yang terlarang. Contohnya,
cucuk botoxxxx, plastic surgery la, susuk la. Aisssh, tak payah la noh, semata -mata nak cantik didunia
kita mengorbankan diri kita dari menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.

Do feel confident with your own beauty :)


Rupa yang cantik dijaga macam mana sekalipun akan berubah juga bila tiba masanya tapi hati yang baik kalau dijaga dan disemai dengan baik. InsyaAllah. :)
Ya, penampilan juga penting. Tapi tak kan la sebab nak penampilan perlu untuk plastic surgery, botoxxx? Perlu ke, perlu ke? Tak perlu kan? Jadilah diri sendiri. Jangan jadi cantik semata - mata untuk bersaing dan jealous. Tak salah untuk cantik tapi yang salah tu pada caranya.

Ingat dan semaikan dalam hati, setiap manusia dilahirkan cantik. Cuma manusia yang memandangnya dari pandangan yang berbeza. :)

Akhir kata, you're beatiful girls. Notes for me too :)

Sabtu, 17 November 2012

Save Gaza. Lets us pray for Them

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.

Sekarang.disaat kita bersuka - ria, bergelak ketawa dan bersenang lenang, apa nasib saudara sesama
Islam di Palestin?

Berapa yang telah terkorban gara-gara Israel Laknatullah?
Apa perasaan kita bila saudara kita diperlakukan sedemikian tanda sedikit pun rasa
ihsan? Sedih? Marah ? Kecewa?

Apa yang mampu kita lakukan untuk mereka? Ya, mungkin kita tidak mampu menghulurkan
wang mahupun bantuan lain tapi kita mampu berdoa bukan? Doa itu senjata orang mukmin.
Allah pasti mengabulkan doa kita jika kita bersungguh - sungguh dan ikhlas.

“Berdoalah kalian kepada Allah dalam keadaan kalian yakin akan dikabulkan. Ketahuilah Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai lagi main-main.” 

(HR. At-Tirmidzi)
Perbanyakkan berdoa untuk mereka dan semoga mereka mendapat pertolongan dari
Allah.  Jadikan doa kita sebagai salah satu cara untuk mereka yang sedang kesusahan.
Salah satu usaha lain juga dengan memboikot produk - produk dari Israel Laknatullah dan
kuncu - kuncu Israel Laknatullah.

Israel Laknatullah. Semoga Allah menurunkan azabnya. Amin Ya Rabbal Alamin





Last but not least, lets us pray for Gaza and our brothers and sisters and to Israel Laknatullah, you maybe can kill Muslim but you cannot kill Islam!
 
"In Gaza, a young child told a sister : The rockets might be above us, but they've forgotten Allah is above them."
#prayforGaza#
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Selasa, 13 November 2012

Perut Chubby

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.. :)
Selamat Sejahtera :)

Perut chubby tu ape?  Ala.. Malu la nak cakap.. Perut chubby tu buncit la aka boroi.. Kejamnyer perut buncit ni. Nak pakai baju t-shirt pun susah. Susah la sebab pakai baju ketat.. ekekeeke. Jangan marah yer..
Pendapat peribadi je. Jangan serang saya. ekeekeke

Ala.. Kalau bukan sebab baju ketat pun memang tak selesa perut chubby ni dengan lemak terbonjol
kat perut. Sekali sekala mungkin merencatkan penampilan dan keyakinan 
 kita. Ye tak? Kebiasaannya perut chubby ni biasa dilihat pada orang lelaki.
Tutup macam mana pun tetap boleh detect.Kan.? Hahaha..Detect guna apa? Ntah la.

Jangan risau k .Perut chubby ni takkan chubby selamanya melainkan kita betul - betul berminat untuk tidak men'chubby'kannya lagi.. Sini ada beberapa tips untuk kempiskan perut chubby anda. Say goodbye to chubby chubby stomach. Sob sob sob.. :'(

Chop! Bukan perut saya ke.  Perut seksi ni ambil dari Abe Google


Tips - tipsnya.. Jeng jeng jeng..


1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakitperut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Copy tips dari :Melayu Kini

Nasihat dr saya sendiri makanlah dengan satu perut bukan dengan tujuh perut. Ye la semuanya nak sumbat satu - satu masa mana la nak cukup kapasiti tu yang mengelembung. Hehe~ Jangan marah. Satu lagi lepas makan jangan terus terbaring macam ular sawa kenyang tau. Bergerak - gerak la dulu. Contohnya pegi la basuh pinggan lepas habis makan tu. Mak pun sayang. Ye tak ? Hahaha.. Kalau dah beristeri, isteri pun makin sayang. Dalam hati isteri, ' alahai romantiknya suami aku.'

Akhir kata, selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi melawat. :) Semoga senantiasa diberkati dan dibimbing kearah kebaikan. InsyaAllah. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh. Selamat Sejahtera.


Isnin, 12 November 2012

Feel Alone ?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)
Selamat Sejahtera :)

Rasa sunyi sebab tak ada kekasih hati ? Haha
Merepek la. Takkan la sebab tak ada kekasih pun sunyi kot..
Ye memang tak dinafikan mesti la ada rasa jelez bila tengok orang lain
berkepit dengan pakwe dan makwe dorang.
Ingatla bahawa kita tak pernah sunyi.
Allah ada senantiasa dihati kita. Dia
senantiasa mendengar apa yang kita mahukan.
Semakin kita cintakan dia semakin dekat Allah dengan
kita. Percayalah.


Awak - awak yang ade pakwe or makwe jangan marah erk.
Ini pendapat saya sahaja. Atas diri anda sendiri untuk menilainya. ;)
Sekalipun kamu berkapel dengan lelaki or perempuan tu
belum tentu dia tu pasangan sehidup semati kita.
Shhhh.. Saya dah tau mesti awak cakap, ' tapi kita kena berusaha
jugak cari jodoh kita.' Ye, tapi awak tak yakin ke dengan ketetapan Allah. :)
Jodoh, rezeki, ajal kita dah ditetapkan sejak kita umur 4 bulan lagi dalam
kandungan. Yakinlah dengan ketetapan Tuhan dan jangan pernah merasa sunyi ok.
Bersyukur dengan apa yang kita ada. Yang penting elakkan diri kita
dari bergelumang dalam dosa dan noda dunia. :)

Quotes for today : Never search your happiness in others, it will make you feel alone. Search it in yourself. You will feel happy even when you are left alone. :)



Chewahhh ayat.. Choppp! Jangan puji lagi. Bukan saya punya ayat. Saya cilok je.. Hahahaha

Akhir kata, terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. ;)

Aku Cinta Online Shopping

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Tapi sebelum tu nak tanya korang minat tak Online Shopping??
Dah siap dah tanya.. Heehe
Nampak tak? Nampak tak?
Nampak apa? Nampak apa? Ala tu ha kat side bar sebelah kanan tu ada
pages kedai kita KYEOPTA COLLECTION.( promote sikit)
Haa.. Bagi siapa yang minat shopping ni
boleh la survey and like pages kiter.
Barang berkualiti dan menepati citarasa anda
semua. InsyaAllah.
Harga pun boleh tahan.
Kepada siapa yang berminat dan pertanyaan lanjut boleh la
pm saya.
Mesti terdetik dalam hati korang..
Aishh, boley percaya ke online shopping ni??
Entah - entah senyap je lepas kasi duit.
Sebenarnya jika dalam hati kita masih ada rasa amanah, tanggungjawab dan iman InsyaAllah
kita tidak akan melakukan perkara terkutuk macam tu.
Tapi bagi saya sendiri akan semak terlebih dahulu sebelum
membuat apa- apa pembelian. Contohnya semak dulu rating penjual tu,
ye la semak la reaksi pengguna lain dan survey dulu harga.. Mana
la tau cekik darah. Hahaha.. Tapi kadang - kadang
barang mungkin mahal sikit sebab postage. Contohnya poslaju. Maybe dalam
kena ++RM5 .. Biasala tu . Nak cepat kena la berkorban sikit.
Pada pendapat saya la, online shopping ni bagus sebenarnya tapi disebabkan sikap
yang  tidak
bertanggungjawab sesetengah pihak jadi 'busuk' nama online shopping ni.
Kasihan.. Kasihan.. Kasihan.

Gambar yang dicilok. Hahahaah


Dan seterusnya, bagi sesiapa yang berminat untuk cuba Online Shopping ni jangan takut untuk mencuba. Mana tau lepas ni boleh kaya. Wahhhh.. InsyaAllah.. Siapa tahu kan?
Kalau kita rajin berusaha. Tiada yang mustahil. Yakin pada diri sendiri.
Bak kata orang Korea,aja aja fighting!!!
Tanamkan dan semaikan dalam hati niat yang baik. InsyaAllah semuanya
akan diberkati dan berjalan lancar.
Fuhh.. Fuhhh.. Fuhh.. penat membobel dan menulis.
Akhir kata, terima kasih kerana sudi baca. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Semoga hidup kita diberkati Allah selalu. Amin

Kata - kata hari ni : Hidup kalau tak mampu menyenangkan, janganlah pula menyusahkan orang lain. :)

Ahad, 11 November 2012

Oh Torrent






Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..




Fuhh .. fuhh.. Banyak lagi woo senarai drama dengan movie yang nak download ni.Lebih kurang 37 lagi. Dah dah tak yah tanya citer apa. Kiter dah tak ada citer lain yang nak download
kalau tak drama Korea, anime, kalau tak anime drama Jepun. Hahaha.
Serius cakap, bukannya nak mengangungkan atau
nak memperlekehkan drama tempatan tapi kalau dilihat balik
banyak keistimewaan yang ada pada drama Korea, Jepun dan anime ni.
Tak kisahlah dari segi jalan citer ke, memang best dan menarik.
Ala, mesti pernah dan selalu tengok kan drama Korea kat Astro semua tu
tak pun kat TV3 pun ada tayang jugak.
Biasanya kiter kalau download yang completed drama baru gempak.
Tak payah nak tekan satu - satu. Buat letih jari je. Kan kan?? Pemalas betul kiter ni.


Nak download kat mana drama yang completed?
Ala memang la best download terus completed tapi kelemahan dia kena la tunggu lama
sikit sampai citer tu habis then saiz dia tu bukan main besar lagi tau. Fuhh..Fuhh tu yang
kemain lama nak tunggu. Ye la. Kata nak tengok kena la berkorban sikit.
Berbalik pada topik asal.. Hehe.. Senang je.. Download je guna software T0RRENT (KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD)




Abam uTorrent


 Mudah je kan?? Step lain macam biasa la install. Then untuk torrent bagi drama boleh
la tanya si Abang Google. Hehe. Nak tau biasanya saya download kat mana?? Install la dulu..
Hehe

DOWNLOAD>>>> DOWNLOAD>>> DOWNLOAD>>>

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Tak Cantik Tak Apa

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.

Cantik tu subjektif kan dan terlalu besar skopnya. Tapi siapa yang tak jeles betul tak kalau tengok orang lagi cantik dari kita? Biasa la tu, dah memang fitrah manusia tu sendiri nakkan yang terbaik.
Tapi sepatutnya kita lebih bersyukur apa yang dikurniakan pada kita.
Cuba bayangkan jika kita lahir dalam keadaan cacat dan tidak normal
seperti orang lain? Mesti kecewa dan sedih kan.?
Hargai dan syukurilah apa yang telah kita ada sekarang. Tak usahlah kita
mengejar kesempurnaan kerana 'SEMPURNA' itu hanya milik Allah.
Ye tak?

Alolo.. comelnya bear ni..

Buat apa kita ikutkan kemahuan kita dengan menginginkan rupa yang cantik
sehingga sanggup melakukan benda terlarang sehingga sanggup pakai baju sendat, mekap tebal - tebal 3 inci macam jatuh dalam kilang tepung gandum ('gurauan dan contoh sahaja.Jangan marah ya.heehe)
Cukup hanya dengan menampilkan akhlak yang cantik
kita akan lebih elok dipandang. Dengan menampilkan diri kita dengan baju sendat
dan mekap tebal agaknya apa yang orang pandang yer??
Mesti dalam hati kita berdetik ' ala lelaki gatal la yang pandang'. Eh, asal pulak nak salahkan orang laki
salah awak sendiri la. Siapa yang suruh awak pakai macam tu. Pandai pakai pandai la tanggung sendiri.
Janganlah cakap saya suka menyibuk. Saya bukan nak sibuk tapi
bukan macam tu caranya untuk jadi cantik, bukan dengan melakukan perkara
yang ditegah dan dilarang dalam agama.  Agama tidak menegah fesyen tapi melarang tabarruj.
Pakai la awak nak pakai guni sekalipun seandainya ia nampak cantik di mata awak dan asalkan tidak melampaui batas dan sesuatu yang bukan larangan.
Dah dah jangan jeles lagi dengan orang lain. Semua orang dilahirkan cantik. Setiap
orang memandang kecantikan tu dengan perkara yang berbeza.
Besyukurlah dengan apa yang kita ada.
'GRATEFUL IS MOST EVERYTHING.'



PERINGATAN UNTUK SAYA JUGA :)