Followers

Halaman

Jumaat, 8 Februari 2013

Aurat : Wanita Jangan Ambil Mudah

Assalamualaikum..



Menjaga aurat bagi seorang perempuan adalah amat penting. Betul tak?
Seperti yang kita dah memang tahu, aurat perempuan tu seluruh anggota badan
kecuali muka dan bahagian tapak tangan.
Tapi sekarang ni, seperti kita ambik mudah je pasal soal aurat ni.
Kadang- kadang malu dengan diri ni, bila tudung singkat, seluar yang kelihatan ketat ( mungkin sebab dah gemuk, heehe), rambut nampak. Hmmm.. Dah tahu dosa tapi tak nak ubah. Hmm
Betapa derhakanya pada yang maha kuasa.
Kadang - kadang sedih bila lihat dengan keadaan sekeliling, ramai yang tidak berhijab.
Saya sendiri bukanlah seorang yang baik untuk menilai orang lain dan mungkin juga bermula
dari pengaruh diri saya yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan kemudiannya menyebabkan
orang lain menjadi terpengaruh sehingga tidak menutup aurat dengan sempurna.

Seperti yang kita dapat lihat dan perhatikan sekarang ni, semua orang ada akaun fesbukk termasuk
saya sendiri dan bila dah fesbuk mestilah banyak gambar kan? Alasannya supaya dapat kongsi dengan kawan- kawan. Seharusnya gambar yang tak sepatutnya tu tak perlulah nak diupload. Contohnya gambar yang tidak menutup aurat, gambar yang men'giur'kan dan berposing berlebihan-lebihan. Simpan je untuk koleksi peribadi. Dapat dosa 'free' bila upload gambar yang tidak menutup aurat ni ditatap lelaki bukan mahram. Semakin ramai orang tengok, semakin bertambahlah dosa kita. Amboi, hipotesis la
pulak. Hehe.
Jadi bukanlah satulah satu kepentingan untuk kita upload gambar2 kita dalam fesbuk. Kalau sebab orang nak kenal kita sekalipun perlu ke masuk gambar dalam fesbuk? Biarlah orang suka kita kerana kecantikan akhlak kita, bukan kerana kecantikan rupa paras kita semata - mata.

Teringat satu ayat yang baru lepas baca tadi,

It doesnt matter what you look like on the outside. Its whats on the inside that counts.
Nampak kan? Hehe.. Jadi kalau ada gambar kita yang tak menutup aurat tu mohon la padam. Bukan kita je, kalau yang ter'upload' yang kawan-kawan or saudara mara yang tak menutup aurat tu padam la. Kasihan mereka. Kasihan juga kita. Bak kata ustaz kat tempat kolej saya, ' kalau awak redha gambar awak yang tak menutup aurat di'upload' di fesbukk bermakna awak redha aurat awak didedahkan dikhalayak umum.
Bukan sahaja di fesbukk, kat laman sosial mana - mana pun tak usahlah. Kumpul pahala dan amal sahaja. Dosa tak payah.. Hehe.. (peringatan untuk diri saya sendiri).

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklahmereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecualiyang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah merekamenutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).
Wallahualam

Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat dan peringatan kepada semua termasuk saya. Sebarang kesilapan mohon ditegur. Sebarang kekasaran mohon dimaafkan. Saya hanya manusia biasa.

Assalamualaikum....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan