Followers

Halaman

Jumaat, 9 Disember 2011

Cara Menutup Aurat Berdasarkan Panduan Syariat

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :))


Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau tudung (sebahagian makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan oleh wanita Muslim. namun, ulama memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat. Antaranya ialah:
  1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam;
  2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna;
  3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh;
  4. Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan orang lain dan menarik perhatian;
  5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga menimbulkan ujub dalam diri,
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki .
p/s : 1 lg peringatan untuk diri sendiri dan anda :))
Perubahan terbaik adalah perubahan kearah kebaikan.Manusia boleh berubah.Hari ni mungkin kita jadi baik esok lusa belum tentu baik.Begitu juga sebaliknya.."Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.Mesti kita semua nak jadi wanita solehah kan??Tepuk dada tanya iman kita :)) Selamat beramal..
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..:))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan