Followers

Halaman

Sabtu, 26 Disember 2015

Holiday Mood On



Apa macam cuti best?
Housemates aku semua balik kampung kecuali aku dengan jiran depan. Dia tak balik kampung pun
dia punya kampung Selangor ni je. Sejam pun boleh sampai? Aku tak balik. Balik nanti Chinesse New Year
je. Waaaaaa. Oh Nasi Kerabu I miss you so much. Beza tempat orang dengan tempat kita macam ni la
nak cari makanan yang kita suka tu susah kalau ada pun takkan sama punya.

3 hari dah cuti termasuk hari ni. Aku tidur pukul 12 bangun Subuh pastu tidur balik. Baik punya perangai.
Macam mana nak rezeki murah ni. Hahahaha. Nak keluar makan pun malas tahu tak.
Jadi untuk melayan kemalasan aku ni, aku keluar makan pukul 5 lebih lepas Asar. Macam tu la aku
buat tiap-tiap hari. Hahahaha. Pagi aku macam buah je. T_T

Aku rasa lemak dekat pipi aku dah hilang. Penat-penat aku ternak nak tunjuk dekat Mama aku. Last
 hilang dek kerana kemalasan aku. Tapi yang paling lemak dekat perut tak der lagi dah. Yeay!!!
Tak der yang lebih dah. Tapi yang teruk aku tak tahan lapar ni. Rasa nak naik angin je.
Buruk punya perangai.

Tiap hari keluar makan petang aku makan Tom Yam Daging, nasi putih tambah, telur dadar dan air kosong
je. Memang ni je menu aku sejak setahun lepas. Tauke kedai pun dah ingat. Tak tom yam daging mesti ayam. Dia punya tom yam sedap kot. Sama macam dekat Kelantan. Yummm.. Petang ni pekena lagi.

Erk belanja gambar terbalik. Puas aku rotate tapi tak jadi jugak. Hmmmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan