Followers

Halaman

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kasih Sayang Ibu Yang Ternilai ( Part 1 )

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.
Alhamdullillah,syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih diberikan peluang untuk berada di bumi Allah ini.Syukur juga kerana kita masih lagi bersama dengan orang-orang yang kita sayangi serta kasihi seperti Ibu,Ayah,Adik,Abang serta Kakak dan mereka yang penting dalam hidup kita.Pernah atau tidak kita bayangkan yang suatu hari nanti yang merka akan pergi meninggalkan kita dan kita akan pergi meninggalkan mereka.Bukan illusi,dongeng atau khayalan tapi inilah kenyataan.
Seperti yang telah dinyatakan didalam ayat dari Surah Al-Baqarah,ayat 156 :

"(Yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."


Cepat atau lambat kita pasti akan kembali jua kepadaNya.
Sebenarnya entri pada hari ini saya inigin kongsikan pengorbanan para ibu kepada kita.Hari ini saya telah lihat betapa bersungguhnya seorang ibu mencari rezeki untuk membesarkan dan menyekolahkan kita disamping membantu meringankan sedikit beban suami mereka.Betapa mulianya hati seorang ibu dan seorang isteri.MasyaAllah.Nilai pengorbanan yang saya catatkan ini adalah berdasarkan pengorbanan ibu saya terhadap saya.Iaitu:


1)Ibu saya bangun pada awal pagi di waktu sebelum  untuk menyiapkan adik-adik saya kesekolah.Membuat sarapan pagi.Kadang-kadang membasuh kain di waktu kesejukan pagi mengigit kulit.Sedangkan pada masa itu saya dan adik-adik masih lagi dibuai mimpi.


2.Tidak pernah malu untuk membuat kerja apa pun demi mencari sesuap nasi untuk kami memandangkan pada waktu itu ayah saya telah menghadap Illahi maka ibu saya lah yang bertanggungjawab terhadap kewangan keluarga kami.Ibu saya akan keluar bekerja selepas Subuh dan pulang selepas pukul 12 malam.Kadang-kadang adik bongsu saya akan menangis kerana tidak sempat bertemu dengan ibu saya.Ibu saya bekerja disebuah stesen minyak di pekan.Lihatlah betapa penatnya ibu tapi tak pernah dinyatakan oleh beliau.Hanya disimpan di sudut hati.


3.Sanggup membiarkan dirinya lenguh demi mendapatkan sedikit rezeki.Oleh kerana ibu saya pandai mengurut urutan tradisional.Maka ramai lah orang yang datang mendapatkan perkhidmatan ibu saya.Upahnya tidak lah seberapa tapi demi kelansungan hidup beliau sanggup.Kadang2 saya lihat ibu saya mengurut sehingga 3 jam dan lebih tapi tak pernah menunjukkan lelah sehingga membuatkan sy kagum.


Setakat ini sahaja dahulu,bahagian kedua saya akan updatekan lagi dimasa akan datang.InsyaAllah.Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan