Followers

Halaman

Rabu, 12 Oktober 2011

Saya Tidak Kisah Kalau Saya Tak Ada "Pakwe"


Assalamualaikum.

Saya Tidak Kisah Kalau Saya Tak Ada "Pakwe" sebab :
Saya sudah mempunyai mereka yang mencintai dan meyayangi saya untuk setiap saat,minit,jam dan seterusnya..^^ Mereka sudah membuktikan yang mereka sangat mencintai dan menyayangi sy dr seorang boyfriend.Tak percaya.??Ok
Contohnya mak saya,beliau sudah membuktikan pengorban beliau dalam hidup saya.Beliau telah mengandungkan sy,melahirkan saya,menyusu, mendidik dan banyak lagi pengorbanan beliau yang saya rasa anda sendiri fikirkan .^^ Oleh sebab itu, mak sy lg sayangkan sy dr pakwe sy..

Contoh setererusnya
Ayah saya sayangkan saya lebih dr pakwe sy.Tiap hari dia berkerja tak mengenal lelah.Bukan dalam tahun niy sahaja tapi sejak sebelum saya dilahirkan lagi untuk  memastikan apabila sy sudah lahir kedunia saya akan berada dalam suasana yang baik dan tenang. Ayah sy juga telah berusaha menjaga sy sebaik mungkin.Saya sakit dia hantarkan ke klinik.Dia yang bantu ibu saya masa sy sakit.Bukan orang lain.Sudah Percaya??^^.Belum lagi...??ok

Contoh seterusnya,
Abang saya dan kakak sy lagi sayangkan saya.Selalu berpesan kepada saya supaya jangan buat perkara yang dilarang Allah,sembahyang lima waktu,tutup aurat dan jangan buat perkara yang boleh merosakkan diri sendiri.Selalu cakap kat saya kalau ada masalah bagi tahu diaorang.Oleh itu,saya tahu mereka sangat sayangkan saya sebab tu lah mereka tak bagi saya buat perkara bukan2..^^

Oklah,contoh lain pulak,
Saya ada adik2 yang ramai.Sudah tentu mereka sayangkan saya.Contohnya semasa kepala saya luka akibat terhantuk pada pintu ( masa tu kecik lagi,nakal betol kn..??)Masa tu banyak keluar darah,saya ingat lagi bagaimana adik perempuan saya menangis sebab takut sesuatu terjadi pada saya.Adakah jika saya ada "pakwe"  msa tu "pakwe" saya akan menangis seperti adik saya sayangkan saya menangis???Wallahualam.Tapi bagi saya kasih sayang keluarga adalah lebih penting.

Contoh yang paling penting yang ialah,
Allah S.W.T. Betol tak??Tengok lah diri kita betapa bertuahnya kita.Dikurniakan akal fikiran,tubuh badan yang sihat, keluarga yang penyayang,sempurna tubuh badan dan contoh lain yang kita tahu apa bukti Allah sayangkan kita.Kita hanya perlu ikuti apa sahaja suruhan dan juga larangannya.Ya Allah betapa besarnya kurniaanmu kepada diriku ini Ya Allah.SubhanAllah..Bukti kasih sayang Allah menyayangi setiap hambanya.Bukan cinta manusia dan cinta dunia sementara yang kita dambakan tetapi cinta serta kasih syang Allah yang kekal selamanya.

Yer,Contoh yang ini pulak,
Contoh kasih sayang "seseorang " yang amat besarnya nilainya iaitu Nabi Muhammad SAW.Lihat betapa dia sayangkan umat2nya.Tak pernah berhenti mengajak umatnya kearah jalan kebenaran.Tak pernah berputus asa.Kerana apa??Sebab dia sayangkan kita dia tak nak Allah murka akan kita.Dia tak nak kita meninggalkan suruhan Allah dan melakukan larangan Allah.Sabda Rasulullah SAW ketika khutbah terakhir baginda yang menyuruh kita berpegang kepada Al Quran dan Al Sunnah
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Lihat betapa sayangnya Rasulullah kepada umat2nya.


Kesimpulannya, tiada yang lebih penting kepada saya kecuali kasih sayang mereka.^^' Maafkan saya seandainya entri diatas ada mempunyai kesalahan.Sila betulkan kesalahan tersebut.^^ Saya hanya manusia biasa  yang tak lepas dari melakukan kesilapan.^^ Dan jika anda tanya mana perginya kasih sayang suami,maaf buat masa ini belum ada lagi.Khas untuk para remaja.Marilah kita berubah kearah yang lebih  baik dalam mencari keredhaanNya.Wallahualam.

p/s : harapannya tak ada orang yang marah saya bila saya mengeluarkan entri seperti ini.Hanya pendapat saya sendiri..^^Assalamualaikum

-Ya Allah Ya Tuhanku,Sesungguhnya KeredhaanMu yang aku harapkan.Tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus iaitu jalan orang yang engkau redhai.Amin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan