Followers

Halaman

Jumaat, 14 Oktober 2011

10 NEGARA PALING BERSIH DI DUNIA

10 negara paling bersih di dunia
Semua orang pasti sukakan kebersihan,dalam apa sahaja yang kita buat mesti kita sentiasa mahukan kebersihan, hanya mereka yang kurang waras sahaja sukakan sesuatu yang kotor. Tempat yang bersih dan cantik juga merupakan pilihan utama untuk dijadikan tempat perlancongan. Berikut adalah merupakan 10 negara paling bersih di dunia dan mungkin sesuai dijadikan tempat untuk bercuti.. / honeymoon...hik3 ;)

10)COLOMBIA

EPI score: 76.8
Pendapatan per capita: $7,600
Populasi: 44 Juta
Ini merupakan negara termiskin yang tersenarai dalam top 10. Mungkin kerana kurang pembangunan maka banyak lagi alam sekitar yang terpelihara dan menyebabkan Columbia menjadi negara yang bersih.

9)CUBA


EPI score: 78.1
Pendapatan per capita: $8,500
Populasi: 11.3 Juta
Walaupun Cuba merupakan negra fahaman komunis, namun ia berjaya membuktikan bahawa ia bukan satu penghalang untuk menjadi negara yang bersih.

8)AUSTRIA


EPI score: 78.1
Pendapatan per capita: $35,000
Populasi: 8.3 Juta
Austria memang terkenal dengan negara yang cantik, dan sila jangan keliru Austria dengan Australia ye.. kedua-duanya adalah negara yang berbeza

7)FRANCE


EPI score: 78.2
Pendapatan per capita: $31,000
Populasi: 62 Juta
France merupakan negara yang paling ramai populasi dalam senarai Top 10 ini tetapi ia tidak menghalangnya utnuk menjadi negara yang bersih. Dipercayai, kualiti udara dan air di France sangat tinggi..

6)MAURITIUS


EPI score: 80.6
Pendapatan per capita: $10,000
Populasi: 1.3 Juta
Mauritius adalah satu kelpulauan kecil di lautan India, mungkin kerana tempatnya yang agak terpencil menyebabkan populasinya sangat rendah. Tetapi ia juga merupakan tarikan pelancong yang inginkan udara segar dan bersih serta tempat yang sunyi dan bersih

5)NORWAY

EPI score: 81.1
Pendapatan per capita: $48,000
Populasi: 4.7 Juta
Diantara negara yang mempunyai pendapatan perkapitan yang sangat tinggi tapi masih boleh mengekalkan kebersihan..

4)SWEEDEN


EPI score: 86
Pendapatan per capita: $33,400
Populasi: 9.1 Juta
Agak jauh beza antara negara di tangga ke 5 dan ke 4. Sweeden sentiasa mengekalkan kehijauan di negara itu dan sering berlawan dengan negara sekeliling untuk menjadi negara yang paling hijau.

3)COSTA RICA



EPI score: 86.4
Pendapatan per capita: $9,600
Populasi: 4.5 Juta
Negara yang sedang miskin dan sedang membangun ini berada di tangga ke 3. Dengan kekayaan hasil bumi yang pelbagai dan banyak hutan yang terjaga mampu menjadikan Costa Rica negara yang bersih dan cantik.

2)SWITZERLAND



EPI score: 89.1
Pendapatan per capita: $37,000
Populasi: 7.6 Juta
Switzerland merupakan negara yang mempunyai tinggi scorenya dalam kualiti air, diodiversiti dan sebagainya. Tetapi sama seperti negara maju yang lain, tahap udaranya agak kurang sedikit.. sikit je kurang

1)ICELAND



PI score: 93.5
Pendapatan per capita: $36,000
Populasi: 311,000
Hohoho Iceland merupakan negara yang paling bersih di dunia.. mungkinkah sebab populasinya sedikit dan kurang manusia yang tak bertanggungjawab untuk mencemarkan negara itu? hehehe



DAN MALAYSIA PULAK..JENG JENG JENG
TANGGA KE 54..^^


EPI score: 65.0
Pendapatan per capita: $12,205
Populasi: 26,549,500
Tak lengkap senarai kalau tak letakkan negara kita Malaysia sendiri. Tangga ke 54 adakah ianya sesuatu yang patut dibanggakan? Itu anda nilai sendiri.. dan jika anda yang merupakan golongan mereka yang MEMANG tak tau macam mana nak jaga kebersihan, buang sampah merata-rata, lakukan pembakaran terbuka dan sebagainya. Sila jangan bising-bising dengan score EPI Malaysia ini.


p/s: EPI adalah singkata kepada Environmental Performance Index dan kesemua ini adalah index terbaru pada tahun 2010 yang diambil daripada penyelidik di Yale


Sumber : http://wyna95nubies.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan