Followers

Halaman

Khamis, 3 November 2011

Solat Sunat Wudhu'

Assalamualaikum..

Pengertian solat sunat wudu' ialah solat sunat yang dilakukan selepas kita
mengambil wudu'.Solat sunat ini juga turut dikenali sebagai solat syukur wudu'
Solat sunat ini amatlah baik jika selalu amalkan setiap kali selepas mengambil
wudhu'.Tidak ada waktu yang ditetapkan untuk melakukan solat sunat
ini samaada jika pagi,siang,petang ataupun malam .

Solat sunat ini juga tergolong kepada solat sunat muqayyad iaitu solat yang dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu terlarang untuk melakukan sembahyang sunat.
Seperti sabda Rasullullah SAW:

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya ummatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya dari sebab bekas-bekasnya berwudhu'. Maka dari itu, barangsiapa yang dapat di antara engkau semua hendak memperpanjang -yakni menambahkan - bercahayanya, maka baiklah ia melakukannya - dengan menyempurnakan berwudhu' itu sesempurna mungkin." (Muttafaq 'alaih).

Jadi selepas berwudhu' sebaiknya kita luangkan sedikit waktu untuk melakukan
2 rakaat solat sunat wudhu'ini.Cara dan rukun untuk melakukan solat sunat wudhu' ini sama sahaja seperti
cara solat sunat lainnya hanya niat yang berbeza.

Niat :
'Usalli sunnatal wudu'i rak'ataini lillahi ta'ala'.
Maksudnya :Sahaja aku sembahyang sunat Wuduk dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

Rakaat pertama :Jika tak dapat baca surah yang panjang , bacalah surah al-fatihah dan diikuti dengan surah al-Kafirun (Qulya)

Rakaat kedua : Baca surah Al-fatihah dan diikuti surah al-Ikhlas.

Seperti solat fardhu,solat sunat juga ada doa iftitah,rukuk,sujud dan lain-lain.

Antara sabda Rasulullah yang lainnya mengenai solat sunat wudhu; ini juga:

Solat ini berdasarkan hadith oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah.

“Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal ketika solat Subuh : Wahai Bilal, ceritakan kepadaku dengan amalan paling baik engkau lakukan disisimu dalam Islam, Sesungguhnya aku mendengar bunyi hentakan seliparmu di hadapanku dalam Syurga. Jawab Bilal : Aku tidak melakukan sebarang amalan yang paling aku harapkan disisiku, aku tidak bersuci (berwuduk) pada satu-satu masa waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut, dengan apa yang tidak diwajibkan bagiku untuk solat”
Wallahualam.

p/s:solat sunat wudhu' juga dikatakan sebagai amalan untuk mendapatkan wajah yang berseri2..wallahualam.Jika ada salah dan silap sila tegur.Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh..^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan