Followers

Halaman

Ahad, 6 November 2011

ASB Dan ASN Tidak Halal??

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Tadi masa tengah berfesbuk pegi la "usha" page USTAZ AZHAR IDRUS
terjumpa la satu soalan yang cukup menarik yang ditanyakan kepada ustaz Azhar Idrus

Soalan : Menurut majlis fatwa negEri selangor ASN dan ASB adalah tidak halal kerana ada pelaburan yg dilaburkan PNB bertentangan dgn hukum syarak... aPA pendapat ustaz...??

Oleh kerana soalan tersebut belum lagi dijawab,sy teros la tanya mr.google..lpas tu jumpa la artikel tentang asb niy dekat website cikmin.com
lepas tu jumpa la pulak gambar niy dekat artikel tu..


daripada jabatan mufti negeri selangor


KESIMPULANNYA :setelah meneliti pandangan setiap ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang disampaikan maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb April 2011M bersamaan telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut :

a)ASN dan ASB secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional:

Maksudnya :" Tidak bercampur antara yang halal dan yang yang haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal."

b)ASN dan ASB diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berlaraskan faedah melalui Ma*b**k dan pasaran wang.

c)Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat permbersihan terhadap hasil dividen.

p/s: tapi FATWA KEBANGSAAN mengatakan hukumnya adalah HARUS .Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan