Dalam hidup ni ada je benda yang tak puaskan hati kita kan?
Ada yang tak kena. Lain orang lain ragamnya kan. Aku ni
banyak benda yang aku tak suka dan boleh mendatangkan kemarahan aku. Senarainya
adalah deng deng denng!!
1. Menunggu
Yang ni memang tak boleh blah. Kata nak keluar tapi lambat.
Lepas tu salahkan bangsa sendiri cakap ‘Melayu memang macam ni. Haah Melayu
memang macam ni sebab ada orang Melayu macam korang la. Lepas tu ada yang
salahkan kita sebab keluar awal. Siap cakap siapa suruh kau datang awal. Hey eh
dia ni, nak aku jadi macam kau janji lain buat lain?
2. Penipu
Biasanya kalau ada menipu je In Sha Allah cepat je aku
detect. Sebab apa sebab penipu ni dia banyak yang nak kena ingat. Jenis penipu
yang mudah pelupa niaya la jawabnya. Hahahaha.
Jadi kalau tak nak ingat banyak jangan menipu. Kalau aku tak
dapat tangkap orang yang menipu ni aku bersangka baik je. Aku takkan percaya
selagi tak tengok depan mata. Dah dapat tangkap you’re done my dear. Kita masih
baik tapi awak takkan dengar apa-apa lagi. Hahaha. I’m not a type of person who
hold grudges but people will change when they’re hurts.
3. Lapar
Yang ni memang tak boleh tahan kalau tak makan sehari. Rasa nak naik angin je.
Lapar = cepat marah
Tabiat macam ni kena bawak bersabar ni. Kalau time puasa tu
okay pulak. Hahahha
4. Gaji lambat
Kau suka gaji lambat? Aku tak suka sebab aku bayar benda nak
kena bayar.
Tambah-tambah kalau yang bank. Selagi kau tak bayar selagi
tu la diorang call.
Bingit telinga. Jadi tak kena kejar kena cepat bayar hutang.
Kan?
5. Jerawat
Semua orang tak suka jerawat. Confirm. Kalau anda suka
jerawat sila check balik muka anda ada jerawat ke tak. Biasanya orang yang suka
jerawat sebab muka dorang tak ada jerawat. Ini pengalaman aku la.
Aku start ada jerawat umur 20. Mungkin sebab kurang minum
air. Selalu aku cakap bila la nak naik jerawat. Nak picit. Sekarang nah hambik
kau. Picit banyak-banyak. Tak ada jerawat seguni dekat muka aku tapi lebih dari
satu la. Hahahha. Sila pergi jauh dari saya jerawat! I hate you!
Aku suka main internet dan boleh dikatakan tegar jugak la.
Kena bukak jugak sehari. Dulu la. Sekarang okay je. Main
internet sebab tak ada benda nak buat.
Sekarang kalau boring tengok movie je. Aku tak suka internet
slow sebab aku tak suka menunggu. Hehehhe
7. Debu
Aku tak suka suka debu sebab aku alergik dengan debu. Gatal
habis. Tu je yang aku tahu pasal debu sebab aku tak suka dia aku tak ambil tahu
sangat pasal dia.
8. Pengeledah
Entah la betul ke tak perkataan yang aku guna. Aku nak rujuk
kepada orang suka geledah barang orang.
Tak kisah la benda apa kan, stoking busuk orang sekalipun
tetap barang orang. Tak payah sesuka hati nak bukak almari orang semata-mata
nak tengok kononnya concern. Hahaha. Orang macam ni biasanya tak boleh
dipercayai. Jadi jauhkan diri. Yang suka tengok phone kita pun hati-hati.
Jangan sampai semua yang personal dia geledah.
p/s: Tak ada kena mengena antara yang hidup dan yang sudah
meninggal dunia. Jika anda terasa makan itu hak anda. Hahahha
Bai bai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan