Followers

Halaman

Jumaat, 18 Disember 2015

Mengigau Masa Tidur




Pernah mengingau?  Aku jarang mengingau ni tapi semenjak dua menjak ni aku asyik mengingau je. Yang melucukan pulak tu. Roommate aku lar yang bagitahu. Mak aih mana nak letak muka malu aku ni?
Hari Isnin hari tu aku bangun tetiba kaki aku dekat muka roommate aku. Nasib baik la tak sampai muka dia. Kalau tak kena maki la aku. Hahahaha. Bahaya betul la.
Kadang-kadang kepala aku dekat kepala dia. Ngeri betul la. Entah bila masa aku gerak pergi sebelah dia.
Haih malu-malu. Macam mana ni. Aku ada baca artikel. Penulis tu cakap mengigau ni sebab stress pun boleh jadi jugak. Mungkin la. Roommate aku cakap aku mengingau marah orang bunyi macam ni ‘' Buat sendiri la kerja awak!’’. Entah sape la aku marahkan. Aku tak ingat apa-apa pun pasal tu.



Korang selalu  mengigau tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan