Kelantanesse.Malaysian. 17 y/o. 166 cm and counting. Not a giant and shorty. Accountant. Nasi Kerabu.Snickers. Tae Kwon Do. Movies. J & K Drama I Love To Travel. I Hate Coffee. I Love Cat & Tiger. I Love Nasi Kerabu & Tom Yam. I Eat Tom Yam Everyday. I Only Have One Bestfriend. Her Name Is Nor Anis Asikin. I Write Only For My Own Satisfaction. "The More I Know Human, The More I Love My Cats."
Jumaat, 11 Disember 2015
Gaji. Nafsu. Kering.
Awal bulan ni semua masih kaya?
Aku kaya lagi. Gaji baru masuk sebab semua baru masuk office.
Kan minggu lepas semua pergi bercuti.
Kalau semua orang pergi bercuti tak ada la orang yang
nak bayar gaji dan menerima gaji kan? Takkan nak masukkan dalam akaun orang tut tut kan?
Biasanya kalau first day dapat gaji tu macam-macam yang nak dibeli dan makan.
Yang paling penting kena bayar hutang bagai. Sewa la macam aku menyewa je dekat KL.
Bil utiliti la, PTPTN la. Aku MARA. RM50 je sebulan. Alhamdulillah sikit je kena bayar.
Aku pinjam RM52K. Aku bayar RM10K je. Almost 80% discount.
Lepas bayar hutang, hulur dekat family, baki yang tinggal tu la yang nak menyimpan, nak buat sara hidup. Bujang lagi so tak ada commitment untuk family lagi. Mak ayah je.
Then dah sampai tengah bulan tu sampai la fasa kekeringan. Tengah bulan tu kira bahaya sikit. Biasanya aku kering hujung bulan je. Tak suka usik saving sebab nanti nak menggantinya balik macam mustahil. Hahaha. So hujung bulan makan ala kadar. Ukur nafsu di dompet sendiri. Makan nasi yang penting. Maggi? Katakan tak nak. Memang tak makan maggi. Dulu ada orang aku berlagak kaya tak makan Maggi. Suka hati engkau la Labu Labi yang penting tak makan nasi guna duit engkau kan. Bila tengok orang iklan makan Maggi ke Mamee ke kononya nampak sedap sangat tu aku terus terkedu. Hahaha. Tak tahu mana yang sedap. *Ini bukan mengkritik, hanya pendapat peribadi*
Jadi nak tak nak hujung bulan kena tunggu gaji balik dengan terus sabar dan istiqamah.
Lepas tu repeat balik proses Gaji--->Hutang----->Kering
Babai. Assalamualaikum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan