Followers

Halaman

Rabu, 16 Disember 2015

Azam Tahun 2016



Boom boom boom *bunyi bunga api yang selalu bunyi dekat KLCC
Tapi yang penting azam tahun 2015 belum tercapai.

Azam tahun 2015 aku.
1. Travelling mana-mana – Yang ni Alhamdulillah berjaya. Tapi ke Bandung je la. Okay la tuh. Pelan-pelan kayuh.
2. Laptop baru – Belum dapat. Yang ada hanya laptop hidup segan mati tak mahu tapi Alhamdulillah masoh mampu berbakti untuk tuan yang ganas macam aku.
3. Duit banyak dalam akaun – Habuk banyak la. Simpan sikit habis. Hai nafsu-nafsu.
4. Sambung Degree atau ACCA – Yang ni pun belum lagi. In Shaa Allah secepat mungkin.
5. Boleh bagi duit dekat family banyak – banyak – Buat masa ni sekadar yang termampu je. In Shaa Allah ada rezeki lebih bagi lebih. Amin

Skor pencapaian : 1/5 = Failed. Hahahaha. In Shaa Allah tahun ni lebih terancang. Amin.
Okay ni dia hah top three. Cehhh

1. Rumah – Pada perancangan nak beli rumah teres dekat Kelantan je. Murah dan aku anak Kelate.
Nak beli tengah tahun depan. Amin. Tunggu stabil sikit lagi.



2. Business – Business apa biarlah rahsia dulu. Buat kecil-kecilan ke  yang penting ada income. Hehehhe



3.  Korea Selatan – Yang ni memang impian aku dari 5 tahun lepas. Tapi masa tu belum kerja jadi duit tak banyak lagi. Perancangan Disember 2016 sebab aku suka salji. Main salji ala-ala Jun Ji Hyun dalam drama My Love From The Star. Hikhikhik. Dapat jodoh kat sana pun okay. Kekekeke. Gatal nohh.



Tiga ni je otak aku dapat tangkap masa ni. Yang lain nanti aku tambah balik. Kekekekek.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan