Followers

Halaman

Selasa, 13 November 2012

Perut Chubby

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.. :)
Selamat Sejahtera :)

Perut chubby tu ape?  Ala.. Malu la nak cakap.. Perut chubby tu buncit la aka boroi.. Kejamnyer perut buncit ni. Nak pakai baju t-shirt pun susah. Susah la sebab pakai baju ketat.. ekekeeke. Jangan marah yer..
Pendapat peribadi je. Jangan serang saya. ekeekeke

Ala.. Kalau bukan sebab baju ketat pun memang tak selesa perut chubby ni dengan lemak terbonjol
kat perut. Sekali sekala mungkin merencatkan penampilan dan keyakinan 
 kita. Ye tak? Kebiasaannya perut chubby ni biasa dilihat pada orang lelaki.
Tutup macam mana pun tetap boleh detect.Kan.? Hahaha..Detect guna apa? Ntah la.

Jangan risau k .Perut chubby ni takkan chubby selamanya melainkan kita betul - betul berminat untuk tidak men'chubby'kannya lagi.. Sini ada beberapa tips untuk kempiskan perut chubby anda. Say goodbye to chubby chubby stomach. Sob sob sob.. :'(

Chop! Bukan perut saya ke.  Perut seksi ni ambil dari Abe Google


Tips - tipsnya.. Jeng jeng jeng..


1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakitperut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Copy tips dari :Melayu Kini

Nasihat dr saya sendiri makanlah dengan satu perut bukan dengan tujuh perut. Ye la semuanya nak sumbat satu - satu masa mana la nak cukup kapasiti tu yang mengelembung. Hehe~ Jangan marah. Satu lagi lepas makan jangan terus terbaring macam ular sawa kenyang tau. Bergerak - gerak la dulu. Contohnya pegi la basuh pinggan lepas habis makan tu. Mak pun sayang. Ye tak ? Hahaha.. Kalau dah beristeri, isteri pun makin sayang. Dalam hati isteri, ' alahai romantiknya suami aku.'

Akhir kata, selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi melawat. :) Semoga senantiasa diberkati dan dibimbing kearah kebaikan. InsyaAllah. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh. Selamat Sejahtera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan