Followers

Halaman

Memaparkan catatan dengan label TIPS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS. Papar semua catatan

Selasa, 13 November 2012

Perut Chubby

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.. :)
Selamat Sejahtera :)

Perut chubby tu ape?  Ala.. Malu la nak cakap.. Perut chubby tu buncit la aka boroi.. Kejamnyer perut buncit ni. Nak pakai baju t-shirt pun susah. Susah la sebab pakai baju ketat.. ekekeeke. Jangan marah yer..
Pendapat peribadi je. Jangan serang saya. ekeekeke

Ala.. Kalau bukan sebab baju ketat pun memang tak selesa perut chubby ni dengan lemak terbonjol
kat perut. Sekali sekala mungkin merencatkan penampilan dan keyakinan 
 kita. Ye tak? Kebiasaannya perut chubby ni biasa dilihat pada orang lelaki.
Tutup macam mana pun tetap boleh detect.Kan.? Hahaha..Detect guna apa? Ntah la.

Jangan risau k .Perut chubby ni takkan chubby selamanya melainkan kita betul - betul berminat untuk tidak men'chubby'kannya lagi.. Sini ada beberapa tips untuk kempiskan perut chubby anda. Say goodbye to chubby chubby stomach. Sob sob sob.. :'(

Chop! Bukan perut saya ke.  Perut seksi ni ambil dari Abe Google


Tips - tipsnya.. Jeng jeng jeng..


1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakitperut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Copy tips dari :Melayu Kini

Nasihat dr saya sendiri makanlah dengan satu perut bukan dengan tujuh perut. Ye la semuanya nak sumbat satu - satu masa mana la nak cukup kapasiti tu yang mengelembung. Hehe~ Jangan marah. Satu lagi lepas makan jangan terus terbaring macam ular sawa kenyang tau. Bergerak - gerak la dulu. Contohnya pegi la basuh pinggan lepas habis makan tu. Mak pun sayang. Ye tak ? Hahaha.. Kalau dah beristeri, isteri pun makin sayang. Dalam hati isteri, ' alahai romantiknya suami aku.'

Akhir kata, selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi melawat. :) Semoga senantiasa diberkati dan dibimbing kearah kebaikan. InsyaAllah. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh. Selamat Sejahtera.


Rabu, 28 Mac 2012

4 Cara Mengubah Takdir

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh :)



Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya. Padahal, takdir itu boleh diubah. Memang, tidak semua takdir boleh diubah. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang laki-laki, tidak boleh diubah menjadi seorang perempuan. Kita memang tidak boleh mengubah takdir yang sudah terjadi sebab waktu memang diciptakan tidak boleh ke belakang. Yang dimaksud mengubah takdirdisini ialah mengubah takdir dimasa mendatang.
Lalu bagaimana cara kita mengubah takdir? Cara yang benar dan tepat, tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT melalui Al Quran dan Hadits Nabi saw.
Bagi Anda yang belum tahu, bahawa takdir boleh diubah, silahkan semak hadis berikut:
Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)

Cara Mengubah Takdir

Mengubah Takdir Dengan Berdoa.

Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir. Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis diatas.
Cara Kedua adalah bersedekah. Rasulullah SAW pernah bersabda : “Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah taqdir yang mubram” (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)
Cara Ketiga adalah bertasbih. Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda :
“Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu?  Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”). (H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).
Cara keempat ialah dengan berselawat ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : “Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni” (H.R Imam Ahmad At-Tabroni)
Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah. Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah. Optimis selalu Anda boleh mengubah takdir Anda menjadi lebih baik.
Wallahualam :)
also credit to :motivasi islami
p/s : lepas ni jangan salahkkan takdir lagi sebab ada juga takdir yang boleh kita ubah :) Selagi kita boleh berusaha teruskan usaha. 


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.. 

Isnin, 26 Mac 2012

Cara Untuk Menambat Hati Suami

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...


 Antara cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati ialah :


1. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.


2. Isteri yang sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan mahram dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya semasa ketiadaan suaminya.


3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semula jadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.


4. Isteri sedia memberikan ketaata, kesetiaan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.


5. Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya adalah tempat mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.


6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga maruahnya sendiri ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.






7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dalam kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.


8. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan sabar dan tabah.


9. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu tunaikan.


10.  Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.


11. Isteri yang sedia melayani dan mematuhi kehendak batin suami apabila diperlukan.


12. Isteri yang sentiasa menghias diri apabila dihadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.


13. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.


14. Isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.


15. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang


Wallahualam ...
credit to : ustaz azhar idrus


p/s : sedikit tips yang dapat membimbing kita untuk menjadi seorang isteri yang solehah. InsyaAllah :)


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..