Antara cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati ialah :
1. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
2. Isteri yang sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan mahram dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya semasa ketiadaan suaminya.
3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semula jadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
4. Isteri sedia memberikan ketaata, kesetiaan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.
5. Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya adalah tempat mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga maruahnya sendiri ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.
7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dalam kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
8. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan sabar dan tabah.
9. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu tunaikan.
10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
11. Isteri yang sedia melayani dan mematuhi kehendak batin suami apabila diperlukan.
12. Isteri yang sentiasa menghias diri apabila dihadapan suami dan sebaliknya apabila ketiadaan suami.
13. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.
14. Isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
15. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang
Wallahualam ...
credit to : ustaz azhar idrus
p/s : sedikit tips yang dapat membimbing kita untuk menjadi seorang isteri yang solehah. InsyaAllah :)
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan