Cantik tu subjektif kan dan terlalu besar skopnya. Tapi siapa yang tak jeles betul tak kalau tengok orang lagi cantik dari kita? Biasa la tu, dah memang fitrah manusia tu sendiri nakkan yang terbaik.
Tapi sepatutnya kita lebih bersyukur apa yang dikurniakan pada kita.
Cuba bayangkan jika kita lahir dalam keadaan cacat dan tidak normal
seperti orang lain? Mesti kecewa dan sedih kan.?
Hargai dan syukurilah apa yang telah kita ada sekarang. Tak usahlah kita
mengejar kesempurnaan kerana 'SEMPURNA' itu hanya milik Allah.
Ye tak?
Alolo.. comelnya bear ni.. |
Buat apa kita ikutkan kemahuan kita dengan menginginkan rupa yang cantik
sehingga sanggup melakukan benda terlarang sehingga sanggup pakai baju sendat, mekap tebal - tebal 3 inci macam jatuh dalam kilang tepung gandum ('gurauan dan contoh sahaja.Jangan marah ya.heehe)
Cukup hanya dengan menampilkan akhlak yang cantik
kita akan lebih elok dipandang. Dengan menampilkan diri kita dengan baju sendat
dan mekap tebal agaknya apa yang orang pandang yer??
Mesti dalam hati kita berdetik ' ala lelaki gatal la yang pandang'. Eh, asal pulak nak salahkan orang laki
salah awak sendiri la. Siapa yang suruh awak pakai macam tu. Pandai pakai pandai la tanggung sendiri.
Janganlah cakap saya suka menyibuk. Saya bukan nak sibuk tapi
bukan macam tu caranya untuk jadi cantik, bukan dengan melakukan perkara
yang ditegah dan dilarang dalam agama. Agama tidak menegah fesyen tapi melarang tabarruj.
Pakai la awak nak pakai guni sekalipun seandainya ia nampak cantik di mata awak dan asalkan tidak melampaui batas dan sesuatu yang bukan larangan.
Dah dah jangan jeles lagi dengan orang lain. Semua orang dilahirkan cantik. Setiap
orang memandang kecantikan tu dengan perkara yang berbeza.
Besyukurlah dengan apa yang kita ada.
'GRATEFUL IS MOST EVERYTHING.'
PERINGATAN UNTUK SAYA JUGA :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan