Followers

Halaman

Khamis, 29 November 2012

Manusia Terlalu Mudah Menghukum

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Manusia terlalu mudah menghukum. Menghukum apa? Hukum gantung ke, rotan atau berdiri atas meja? Haha tak ada la macam tu. Maksud saya disini adalah menghukum orang lain asal benda yang mereka nampak tu salah. Contohnya disini, kita baru balik dari kedai lepas tu kita nampak seorang lelaki yang tidak dikenali masuk ke kebun jiran kita. Mesti kita terus fikir bukan - bukan. Betul tak?
Kalau letak pada diri saya sendiri pun saya akan fikir bukan - bukan. Padahal lelaki tadi masuk kebun jiran kita tadi sebab jalan pintas dia nak kemana- mana ke dan dia bukan dari kampung tu.

Tak faham lagi? Okay - okay penerangan lain pula.

Contoh yang seterusnya, kita ada kawan lelaki. Dia baik. Dia dapat keputusan cemerlang SPM dan dapat sambung di universiti. Lama tak jumpa. Masa jumpa tu nampak lain. Kurus, cengkung dan tak terurus. Mesti fikir bukan - bukan? Betul tak? Mesti kita ingat, 'eyh dia ni hisap dadah ke?' Betul tak? Padahal dia sakit sebab tu macam tu.

Apa salahnya kalau kita bersangka baik je. 'JANGAN TERLALU MUDAH MENGHUKUM.'
Apa agaknya perasaan kita kalau orang buat macam tu? Mesti la tak suka kan?

Moralnya disini, bersangka baik jika anda tidak mahu orang lain bersangka buruk kepada anda.
:)
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan