Followers

Halaman

Khamis, 1 Januari 2015

Azam Tahun 2015

Assalamualaikum...

Wah! Dah tahun baru weh. Cepatnya masa. Rasa macam baru semalam je
belajar tadika. *nampak bebeno nipunya.

Tahun bertambah usia bertambah. Ye idok? Bilangan usia tu tak penting
yang penting apa yang kau buat sepanjang usia kau. Betul tak? Baik kau cakap betul.
Usia panjang tapi kalau tak benda yang berguna kau buat berbaloi tak? Jadi isilah sepanjang
usia kau dengan perkara yang berguna kepada nusa bangsa dan agama. Dulu kini dan selamanya.
Meh meh meh..

Jadi berbalik berguling - guling kepada topik. Azam aku tahun ni tersangatlah banyak
sebab brought forward dari tahun lepas. Ceh. Power tak brought forward aku? Ye silakan muntah.

Azamku.. Jeng jeng jeng. Here we go. My top 5 :

1. Travelling. Mana - mana aku tak kisah dan tak ambil kisah asalkan ada salji
2. Laptop baru
3. Duit banyak dalam akaun.
4. Sambung degree atau ACCA
5. Boleh bagi duit dekat family banyak - banyak.

Semoga berjaya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Azam tahun baru korang pulak macam mana?

*dapat pergi macam dalam gambar ni pun ok jugak... Hehe~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan