Assalamualaikum.
Wah! Dah 6 bulan dah aku kerja dekat sini *merujuk kepada tempat kerja aku bukan tempat aku tengah menghadap laptop yakni bilik tidur*
6 bulan dekat sini la. Sebelum ni aku dah kerja tempat lain tetapi kerana semangat ingin berhijrah dan
memperbaiki diri *cih* aku mencari tempat yang lebih baik untuk memprak pruk tikkan pembelajaran perakaunan aku. Meh meh meh.
Kerja kat sini best bab stress tu semua tempat stress kan. Kerja dekat zoo pun stress walaupun ada
haiwan yang cute miut macam panda tu. *tipu* Haip! Cuba bayang awak sebagai penjaga zoo, kalau panda tu tak nak makan then kurus kering dah tak macam panda then jadi viral salahkan awak. Awak stress tak?
Tak? Okay. Hahaha
Pengalaman pada bulan pertama bekerja dekat sini biasa je mula - mula masuk. Malu - malu tak banyak cakap. Sekarang pun sama lagi tapi confident level tu tinggi la sikit masa nak bercakap. Tempat aku kerja ni tak ada la besar sangat. Biasa - biasa je. Mana kita bekerja tak penting tapi apa yang kita dapat. Betul dak?
Mula - mula kerja tu aku cuma buat kerja biasa. Fotostat, binding. Pergi buat stat audit dan kerja - kerja audit firm yang ringan je. Kang bagi yang besar menangis aku. Bulan pertama tu aku kerja 3 minggu je sebab aku masuk minggu ke dua. Minggu pertama aku kerja dekat Kelantan then berhenti.
Bulan ke dua pun still sama macam bulan pertama dan masih lagi pekerja percubaan. Meh meh meh.
Buat akaun dan kerja kerja audit firm.
Bulan ketiga still sama tapi sibuk sikit and dapat buat company yang sederhana besar.
Agak mencabar tapi senior kat sini banyak bantu yang mana - mana tak faham. Enviroment pun ok buat masa ni.
Bulan ke empat company yang lagi besar sikit. Biasanya buat akaun la. Akaun okay. Just key in data tapi
mengantuk tahu tak. Aku banyak kali terlelap. Takpe kita minum dulu kopi secawan. Kekekeke
Bulan ke lima dan ke enam ni aku banyak buat akaun. Akaun ni biasa je tak mengantuk macam audit. Hehe~ Mengantuk dia pun tahap manja lagi. Kadang - kadang menyesal jugak kenapa la tak belajar akaun awal - awal. SPM dulu ambik aliran sains sebab cita - cita nak jadi Doktor. Last sekali bukan doktor yang aku
jadi. Tak kisahlah kerja apapun yang penting halal dan berkat. Ye idok?
Jarak tempat kerja aku sekarang dari rumah oklah. Tak jauh pun. Naik LRT dalam 8-10 minit dah sampai.
Tapi haruslah berdiri. Dapat duduk tu memang untung la.
Sekarang, aku dah bersyukur dengan apa yang aku ada. Rancangan seterusnya Degree! Yeah. Aku tak boleh buang masa lagi. Semakin lama aku buang masa semakin rugi.
InshaAllah segalanyanya akan berjalan lancar.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan