Soalan : Apakah hukum saya pergi menemankan pasangan "couple" berjumpa.Saya sudah beritahu kawan saya bahawa "couple" adalah haram.Namun dia mahukan dalil yang sahih mengatakan "couple" itu haram.Apakah pula yang dimaksudkan dengan zina mata ?
Jawapan : Hukum berdua - duan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram menurut ijmak ulamak . Perbuatan ini juga haram bagi mereka yang sudah bertunang kerana hadis Rasulullah yang direkodkan Bukhari bermaksud :
"Jangan berdua - duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya ."
Dalam hadis direkodkan Muslim:
"Tiada harus seorang lelaki ketempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya."
Iman Nawawi menjelaskan ,
Daripada hadis ini diharamkan berduan - duaan dengan wanita bukan mahram sama ada dirumah wanita itu ataupun di mana - mana tempat dan sama ada ketika sembahyang ataupun lainnya.
Jelas daripada dalil - dalil ini , berpasangan tanpa nikah itu adalah haram dalam Islam.Couple adalah budaya Yahudi dan Nasrani , mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum - hukum agama.
Zina mata bermaksud melihat perkara - perkara yang haram di sisi syarak seperti melihat lelaki akan perempuan yang bukan mahram seperti pasangan-pasangan yang sedang bercinta sekarang ini.
(Rujukan Kitab Syarah Asqollani 'ala al-Bukhari , Syarah
Muslim)
Sumber :Buku "Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab."
p/s: pesanan untuk diri sendiri juga. :))
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan