ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH
♥ BERCINTA SEBELUMKAHWIN TIDAK HARAM ♥●Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta BERAKHIR DGN PERKAHWINAN.
#Tapi syaratnya dlm percintaan itu tiada unsur2 maksiat spt berpegangan tangan, berpelukan, ber'dating'. Jika dlm percintaan itu ada perkara yg melanggar syariat Islam, hukumnya tetap HARAM.
●Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya.
Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).
●Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini: “Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jikaada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh:Maktab al-Imam al-Syaifii’).
Dalam hadis lain Nabi S.A.W menerangkan bahawa perkahwinan itu adalah pilihan di tangan gadis.
“Seorang gadis dara datang kepada Nabi s.a.w memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi s.a.w memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).
wallahualam
sumber : pesbukkkk
p/s : bercinta / bercouple ?:) ..heeheh..tepuk dada tanya iman ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan