Followers

Halaman

Khamis, 1 Januari 2015

Azam Tahun 2015

Assalamualaikum...

Wah! Dah tahun baru weh. Cepatnya masa. Rasa macam baru semalam je
belajar tadika. *nampak bebeno nipunya.

Tahun bertambah usia bertambah. Ye idok? Bilangan usia tu tak penting
yang penting apa yang kau buat sepanjang usia kau. Betul tak? Baik kau cakap betul.
Usia panjang tapi kalau tak benda yang berguna kau buat berbaloi tak? Jadi isilah sepanjang
usia kau dengan perkara yang berguna kepada nusa bangsa dan agama. Dulu kini dan selamanya.
Meh meh meh..

Jadi berbalik berguling - guling kepada topik. Azam aku tahun ni tersangatlah banyak
sebab brought forward dari tahun lepas. Ceh. Power tak brought forward aku? Ye silakan muntah.

Azamku.. Jeng jeng jeng. Here we go. My top 5 :

1. Travelling. Mana - mana aku tak kisah dan tak ambil kisah asalkan ada salji
2. Laptop baru
3. Duit banyak dalam akaun.
4. Sambung degree atau ACCA
5. Boleh bagi duit dekat family banyak - banyak.

Semoga berjaya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Azam tahun baru korang pulak macam mana?

*dapat pergi macam dalam gambar ni pun ok jugak... Hehe~


Ahad, 2 November 2014

5 Perkara Yang Aku Rasa Kurang Ajor!!

Assalamuaalaikum..
Hi.

Pernah tak buat benda yang kurang ajar? Tak pernah? Jangan tipu, berdosa noh. Orang tak tahu
tapi Dia tahu.

Okay. Lets back to our main topic.
Antara 10 perkara yang aku rasa kurang ajar ialah:
Jeng jeng jeng.. Uhuk2

1. Tak reti bersabar masa naik lrt.
Hamboi tau la kau nak cepat tapi at least bagi la orang keluar dulu. Tak rugi pun tunggu kejap.
Dari kau terus masuk kena maki ade lah. Tak tahan yang tua. Budak pun reti beratur kau yang tua tak reti nak beratur? Tolonglah tunjukkan contoh yang elok ya.

2. Potong barisan.
Yang ni memang cari nahas. Kalau orang lain boleh beratur takkan awak tak boleh?
Tak kesian dekat orang lain yang dah lama menunggu? Ingat anak jutawan senang-senang
nak potong barisan? Anak jutawan pun orang marah la buat macam tu. Please show some respect to
others! Okay?

3. Main mercun berjam-jam berturut-turut.
Boleh faham macam mana situasi diatas? Aku hairan dekat mana la dia dapat stock banyak macam tu
sekali. Tak rasa membazir ke? Buat makan lagi kenyang. Masa orang tengah azan makin kuat kau
pasang kan? Sekali kena lempang baru kau tahu erti penyesalan. Pencemaran bunyi betul.
Nak pasang sikit-sikit tak apa. Ni dah macam orang meroyan mercun gamaknya.

4. Tak reti minta maaf.
Haaa yang ni siap kau. Dah buat salah tak reti minta maaf. Budak kecik buat salah reti mintak
maaf tau kau yang dewasa yang dah banyak tahun hidup tak reti nak ucap?
Hari tu masa lepas balik dari Wangsa Maju ada sorang manusia ni asyik langgar aku je. 2 kali kau langgar aq senyap lagi. 3 kali makan la buah bebel aku.

5. Tak reti flush.
Awak. Jamban ni bukan awak sorang guna. Dah tau public flush la balik!
Kalau kena dekat awak tak reti geli ke?
Tolonglah jaga kebersihan bersama. Acu reti teh sikit. Hahahaha.
Kalau tandas tu hak private awak sorang je tak pe. Ni ramai-ramai guna kan? Kan?

Benda diatas hanyalah pengalaman yang sekadar ingin dikongsikan. Apa yang baik kita ambil teladan yang buruk dijadikan sempadan. Papai.

Assalamualaikum.