Followers

Halaman

Memaparkan catatan dengan label NASIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASIHAT. Papar semua catatan

Isnin, 26 Mac 2012

Kenapa Erk ?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..


Soalan :
Kenapa erk kita lebih suka ucapkan 'Hello' daripada 'Assalamualaikum'?


Jawapan : 
Up to date lah sikit ! Dunia dah maju kan. 


Soalan :
Kenapa erk kita suka hafal lirik lagu daripada baca doa ?


Jawapan : 
Weyh kau ni sekaran ni zaman musik ko taw tak. Tambah lagi KPOP. Dorang famous gila. Musik dorang perghh memang power gila. Kalah artis barat kau taw.






Soalan : 
Kenapa erk kita suka pandan rendah kat mereka yang suka pakai baju kurung/ jubah tapi suka pandang tinggi pada orang yang pakai baju 'up to date'


Jawapan :
Ye la nama lagi pakai baju kurung , pakai jubah . Apa class ? Sebaya mak cik2 yang kat pasar boleh la. Haha~ Orang- orang muda zaman sekarang zaman sekarang mana ada pakai dah. Tengok kalau kita pakai baju yang 'up to date' ni semua orang tengok. Dorang mesti akan cakap 'wah baju dia cantik gila, mesti mahal.' pastu dorang mesti cakap ' body dia cantik wey,sesuai pakai baju cam tu'.


Soalan : 
Kenapa kita suka mengumpat kat orang erk ? Kita tak takut masuk neraka ke?? 


Jawapan :
Eyh mana ada kita mengumpat . Kita cakap benda yang betul je. 


Soalan : Awak tau tak apa ertinya mengumpat ?? Mengumpat ertinya ' mengata tentang saudaramu di belakangnya tentang  apa yang dia tidak sukai. Tak kiralah perkara tu betul atau tak. :) 


Jawapan :
Ye lah. Bukan selalu pun .Sekali sekala je.


Soalan :
Tetap dosa walaupun bukan selalu. Awak, kenapa kita suka sangat anggap dosa  - dosa tu seperti perkara biasa je ??


Jawapan :
Alah , nanti kita taubat la. Kita kan muda lagi.


Soalan : Tapi kita tak tau ajal kita bila. Macam mana kalau kita pergi jumpa Allah sebelum kita sempat bertaubat. ?Maut tak kita tua atau muda . 


Jawapan : =.= ' Ye la. Ye la.


Soalan : 
Awak , kenapa erk kita susah sangat nak dengar nasihat orang . Orang cakap buruk , kita cakap baik . Orang cakap baik kita cakap buruk . 


Jawapan :
Ye la, dorang ni suka sangat mengongkong. Suka hati la nak buat apa pun .Bukan dorang yang tanggung dosa pun .Dosa tanggung sendiri .Orang buat tu tak boleh ni tak boleh. Menyusahkan orang je.


KESIMPULANNYA : 
Tak payah la nak agungkan sangat yang bukan budaya kita tu . Agama kita , agama yang sebaiknya . Janganla peminat kpop datang serang . Hhehe~ ( Bila isu kpop je ramai yang melenting tapi pasal sedara kita yang kat palestin tu bukannya nak ambik kesah pun.Bukannya tak boleh kita minat. Boleh tapi janganlah terlalu taksub sampai sembahyang lewat. :)  ) .
Rasanya mulai sekarang kita kena berhenti pandang rendah pada orang lain. (Kita bukannya sempurna sangat pun , sebenarnya kita tak perasan kita selalu mengata orang , dalam waktu lain orang pulak yang mengata kita. )
Up to date se up to date macam mana pun baju kita bila kita mati nanti kain kafan je pun yang digunakan .
Kita selalu ambil mudah pasal taubat. 'Bertaubatlah segera' hehe~ . 
Hidayah juga perlu dicari :)
Jangan keras kepala sangat. Terima la nasihat yang baik . Kita bukan selalunya betul. Ada kalanya salah . 
We're not born in perfect :)
Jangan marah yer..






p/s : andai ada salah dan silap serta terkasar bahasa harap dimaafkan . Kalau ada yang marah pun kita mint maaf jugak . Tidak ditujukan kepada sesiapa. Sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan saudara sesama Islam :)
Wallahualam 

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh :)





Jumaat, 17 Februari 2012

Perihal Muslimah Sejati

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.. :))




Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)


“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya “Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang dia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Rabu, 15 Februari 2012

Satu Soalan Buat Hawa Dan Satu Jawapan Dari Adam

Satu Soalan Buat Hawa.


Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue....

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?



Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.."Biar tak cantik pada pandangan  manusia tapi cantik pada pandang Allah."  ;))

Khamis, 2 Februari 2012

Jangan Nak Lebih - Lebih

Assalamualaikum Warahmatullah.
Entri niy pendek sahaja.Otak terlalu penat.iDEA tak banyak ;)
Tapi entri niy amat bermakna untuk saya..




Boy : Saya sayang awak.Saya nak awak jadi girlfriend saya.
Girl : Tapi saya dah ada yang lain.
Boy : Saya boleh berikan awak segalanya .
Girl : Tak , awak tak boleh.Hanya Dia yang mampu berikan semua yang saya mahukan.
Boy :Ya ,saya boleh! Saya akan sayang awak selamanya . 
Girl : Sayang awak takkan mampu menandingi kasih sayang Dia kepada saya.
Boy : Saya boleh beri awak duit , kereta , rumah ...bla bla bla...
Girl : Tetap juga tak boleh menandingi apa yang Dia telah berika kepada saya.
Boy : Apa yang dia bagi kat awak sampai awak sanggup tolak saya ??
Girl : Segalanya. Kaki , tangan ,tubuh, nyawa , nafas , rezeki , keupayaan bergerak , akal , bla bla.
Boy : Siapa yang awak maksudkan tu ??
Girl : Allah swt.
Boy: :(((
Girl : Saya tak tolak awak tapi kalau awak betul mahukan saya biarlah kita ada hubunga yang halal disisi Allah .Boy : Maksud awak ?

Girl : Kahwin.Bukan itu hubungan yang diredhai Allah.
Boy : Ya . :))






Syirik. Ada apa dengan syirik?, anda mungkin pernah mendengar  syirik ertinya menduakan. Ya benar, menduakan Allah. Ia terhitung raja segala dosa. Dosa yang tidak ada andilnya untuk diampunkan oleh Allah SWT.
Syirk-al- mahabbah, ertinya menduakan cinta. Cinta yang paling agung melebihi cinta manusia dan seisi langit adalah cinta Allah SWT. Makanya, Allah SWT berfirman mengingatkan
“Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang yang beriman amat sangat cintanya pada Allah…( Al Baqarah 2: 165)
Syirk-al-mahabbah adalah menduakan Allah dalam cinta. Dalam pertembungan antara cinta sesama makhluk dan cinta kepada Allah, maka cinta kepada Allah perlu lebih diutamakan. Apabila kita mencintai seseorang maka segalanya terasa indah dan ringan. Bak kata Laila Majnun yang gila di rasuk cinta ‘andai aku tidak bisa melihat orangnya, maka atap rumahnya sudah bisa menenangkan ku’. Ya,  itu kuasa cinta.
Disini perlunya pertimbangan cinta. Cinta yang begitu kuat kepada Allah perlu mendominasi cinta yang lain. Apabila cinta kepada makhluk sama atau lebih kuat cintanya daripada Allah, maka dia telah mensyirikkan cinta. Ya, itulah yang disebut ulamak sebagai syirkul mahabbah.
Katakanlah: Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, istri-istrimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka nantikanlah sampai Allah mendatangkan perkara-Nya (azab-Nya). Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (QS. Attaubah 9: 24).
Andai cinta kepada yang lain selain Allah SWT mendominasi, maka diri akan binasa, hati jadi gundah gulana, mandi serasa tidak basah, jiwa terasa lesu, kalam Ilahi terasa tiada harganya justeru sang bidadari khayalan pula menari indah di atas Kalam  yang maha indah, nikmat solat akan mundur pergi datang pula bidadari mainan bertasbih di hati.
Saudaraku sekalian, takutlah pada syirik cinta!.  //credit to :halaqah.net

         CINTA ITU FITRAH.TAPI JANGAN SAMPAI FITRAH MENJADI FITNAH. 

Khamis, 12 Januari 2012

Malu Rasanya Pada

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..


Sungguh aku malu jika aku adalah orang yang tidak mengenang budi .Malu jika telah diberi hadiah namun tidak tahu berterima kasih .


Nah , begitulah situasinya jika aku menjadi hamba Allah yang tidak mengenang budi .Allah telah berikan aku nikmat namun aku terus melakukan perkara larangannya.


Malu rasanya jika aku mampu belanjakan wang yang banyak untuk bersuka - ria .Untuk kesenangan duniawi namun aku tidak mampu menyedekahkan sedikit dari rezekiku kepada golongan yang memerlukan padalah rezeki itu bukan kesemuanya miliku.


Malu rasanya jika aku mampu untuk bersuka ria berjam-jam lamanya tapi tidak mampu bangun ditengah malam untuk sujud kepada Allah . Betapa sia - sianya hidupku selama ini kerana tidak mampu untuk mengabdikan diri kepada Yang Esa.


Malu rasanya jika aku meminta itu dan ini dari Allah tapi kehendak Allah tidak pernah aku turuti.
Malu rasanya bila aku tidak mampu melaksanakan amanah yang diberi . Amanah untuk menjadi hamba yang taat dan solehah .


Malu rasanya bila aku jarang membaca kitab sucimu Ya Allah.Malu rasanya jika aku lebih suka membaca bahan yang tidak berfaedah daripada membaca kitabmu Ya Allah.Malu juga padamu Rasulullah jika aku tidak suka membaca dan mengamalkan sunnahmu Ya Rasulullah .


Malu rasanya padaMu Ya Allah jika aku lebih suka mendengar dan menyanyi lagu duniawi daripada mengalunankan ayat-ayatmu Ya Allah.Sungguh aku adalah manusia yang rugi Ya Allah


Malu rasanya Ya Allah jika aku lebih banyak menangis kerana perkara duniawi Ya Allah berbanding menangis kerana takutkan mu Ya Allah.Sedihnya hatiku Ya Allah jika  mutiara jernih berharga yang mengalir bukan untukmu Ya Allah.


Malu rasanya pada Allah dan Rasulullah, aku mengaku cinta kepada mereka namun aku tidak pernah taat kepada mereka.Al Quran dan Sunnah Rasulullah aku tinggalkan.MasyaAllah.


Malu rasanya pada Allah  jika solat fardhu tidak mampu aku lakukan ,  padahal ia adalah kewajipan bagiku.


Malu rasanya aku lebih dahagakan cinta manusia dari cintaMu Ya  Allah padahal cintaMu Allah kekal buat selamanya.


Malu rasanya ,namaku Islam ,aku dilahirkan dengan agama suci Islam dibimbing pula oleh Al Quran dan Sunnah namun aku tidak mengenal apa itu Islam sebenarnya .Halal dan haramnya aku campur adukkan .


Malu rasanya pada Rasulullah dan Allah jika aku tidak mematuhi ajaran dan melanggar ajaran yang disampaikan .Nauzubillah min zalik.


Ya Allah Ya Tuhanku , ampunkan dosa hambamu yang hina ini.Bukakanlah pintu hatiku untuk menerima petunjuk dan hidayahMu.Jadikanlah aku hambaMu yang beriman dan beramal soleh.Jadikanlah kami anak - anak yang soleh dan solehah.


Wallahualam ..


p/s : Allah itu Maha Pengampun . Peringatan untuk diri sendiri juga :))


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..