Assalamualaikum
&
Selamat sejahtera
Orang lain buat aku pun gatal jugak nak buat.
Saje je suka - suka. Tengah frust orang lain dah balik kampung.
Aku melingkar macam ular sawa dalam bilik, balik rumah malam raya. Untung la ooiii. Tahniah la aku ucapkan! (*sebenarnya aku marah. Kau
nampak tak aku tengah marah ni?)
Oklah jom baca kalau korang sudi nak baca fakta orang tak popular
macam aku ni. Bhahaha
(*Rasa macam kurang kasih sayang je ketawa macam ni)
1. Aku benci matematik dan semua benda alah kira - kira tapi aku
bekerja sebagai seorang akauntan.
(*Nampak tak?)
2. Aku suka suka suka suka suka kucing. Kucing suka ke tak dekat
aku itu aku tak tahu sebab diorang
tak pernah pulak bagitahu.
3. Anak mak. Tiap - tiap hari adalah satu kewajipan untuk aku telefon
mak aku. Kalau tak telefon sehari
rasa macam coklat tanpa manisnya. Mung pehe dok gapo hok aku kias
ni?
4. Orang Kelantan. Dulu aku pernah janji takkan pernah kerja dekat
luar dari Kelantan. Lastly, sampai la aku ke Keyel ni. Macam mana boleh sampai
nanti la aku citer. Hokeh?
5. Aku bukan muallaf der. Aku Melayu walaupun tidak tulen.
50% Malay
25% Indian
25% Chinesse
Tak - tak aku tak bohong. Ini bukan cerita kedai kopi.
6. Aku bukan anak angkat. Aku anak kandung mak aku. walaupun tak
sama dengan muka mak aku.
7. Aku suka bolasepak. Sangat - sangat suka. World cup aku sokong
Germany. Tak la aku tak sokong Germany sebab dorang yang menang tapi sebab dari
dulu lagi aku suka dorg.
8. Tinggi aku 163cm.
Berat 44 kg.
Yupz! Seorang yang kurus tapi tak kering. Dah macam cara nak
naikkan berat badan tapi usahaku hancuss
tanpa kejayaan.
10. Eldest. Tapi tak ada yang percaya sampai ada yang cakap tak
layak jadi anak sulung.
Lempang sekali baru kau tahu apa erti penyesalan.
11. Suka makan nasi kerabu. Aku tak peduli pizza ke burger ke chezzy wedges and so on on la asalkan
nasi kerabu ada depan mata aku, aku baham nasi kerabu dulu.
(*meleleh air liur mak)
12. Hantu download. Aku suka download movie drama.
Terutamanya Asian punya ( K and J)
Bangun pagi on laptop dan wifi dan bermulalah kerja aku.
13. Seorang yang lurus bendul. Bila bercakap dengan aku sila
gunakan bahasa yang betul ya.
Apa yang kau cakap itulah yang aku buat. Contoh situasi
seperti dibawah:
Timah: Liyana, tolong bukak plug charger akak jap.
Aku: (*Kokekokeekh) Alamak susah pulak nak bukak plug ni.
Timah: Eh. Bukan bukak plug maksud akak on kan suis charger.
Aku: :3
14. Sensitif.
Kadang – kadang terlampau. Bukan mengada – ngada tapi memang
macam ni sejak dari dulu lagi
15. Mudah tak suka dan mudah jugak kesian dekat orang.
16. Minat tae kwon do. Pernah masuk tournament dan tak
pernah menang. Asyik kena belasah je. Bersara ketika SPM.
17. Mudah untuk
sayang dan mudah juga untuk jemu tak kira barang atau orang. Hish! Apa punya
perangai la. Tak reti hargai lansung.
18. Bercita – cita
nak belajar di luar negara tapi luar negara yang aku pernah jejak Sg. Golok je
19.Belajar tadika 3 / 4 bulan sahaja aku rasa terus berhenti
sebab tak suka. Hahaha
Tadika Glory namanya. Aliran Inggeris. Aku sorang je Melayu
kot.
20. Aku ada adik umur
8 bulan walaupun umur aku 21 tahun. Mak aku muda lagi woi.
21 . I am lefthanded :p Kalau pergi main mesti kawan – kawan
akan cakap kekok tengok aku main. Tapi aku suka jadi orang yang lefthanded ni
bukan sebab lagu Pada Syurga Diwajahmu tapi sebab lefthanded ni rare!
Yeah! Dah habis pun. Bagi tepukan! (*Muka mintak penampar.
Dushx3)
Terima kasih kerana khusyuk dan menyampah membaca artikel
budak perasan macam aku ni. Jemput datang lagi ya. Papai. Layan facebook kejap.
Assalamualaikum
&
Selamat sejahtera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan