Assalamuaalaikum.
Lama sudah tak ‘ngedate’ blog. Dah bersarang dah kot. Haaha.
Tak mahu lari topik. Betul ke pemandu di negara kita ni
kurang ajar? Sila jawab.
Pada pendapat saya, (‘ayat skema BM’) bukan semuanya kurang
ajar tapi banyak yang kurang ajar dan
tak berhemah dari yang berhemah. Betul tak? Itu atas pengalaman masing –
masing la. Dan bukannya saya nak bagi pendapat ni sebab saya pemandu yang 100
peratus berhemah. Tetapi sekurang – kurangnya bila kita menegur ni, ada la
kesedaran dalam diri sikit. Kan?
Sebenarnya banyak sangat sikap kurang ajar yang perlu
diperbetulkan. Jangan sampai sebab kesilapan kita nyawa orang lain melayang dan
jangan sebab kesilapan orang lain nyawa kita melayang.
Contoh sikap kurang ajar yang pertama, bagi kereta, memotong
di double line. Takkan cikgu sekolah memandu tak cakap kot tak boleh memotong
di double line!! Maybe tak nampak ke apa ke wallahualam. Tapi tak kn la dekat
jalan sekolah yang terang – terang tu nak memotong jugak? Cari nahas ke?
Yang kedua, naik melebihi had laju, yang ni biasa la ni
waktu pagi semua nak tekan pedal minyak sampai habis. LOL, bukannya awk sorang
je nak cepat. At least, utamakan keselamatan dulu. Dah la laju, kat area
sekolah pulak tu, nak kalau ada budak sekolah kat situ dan langgar budak tu,
apa hang nak jawab? Hahah. Kat selekoh pon dia nak laju jugak, tak pantang
menyerah betul. Abang kakak, tau la ada kereta tapi jangan la sampai kena makan
sumpah seranah orang yer. :P
Yang ketiga, himpit – menghimpit. Tak ada la dia himpit
sampai terbabas tapi dekat sangat jaraknya. Tak boleh pandu kereta tengah sikit
ke? Kesian penunggang motosikal tau tak.
Yang keempat, main masuk je dalam aliran trafik. Hoi, dah la
ada kereta. Tak kisah la nak masuk kalau tak ada kereta. Mujur tak makan besi
dek kerana terpaksa break emergancy. Biasanya pemandu bas ramai yang buat mcm
ni. Haha. Jangan marah yer pak cik bas. Dah banyak kali dah kena. Lepas siap
dia berhentikan penumpang, bagi signal terus masuk, mujur tak bergesel. LOL.
Yang kelima, amboi banyaknya. Dah lama simpan. Sobs T_T .
Dah tiba masa untuk diluahkan. Hehe. Ok la, yang kelima. Tak bagi signal. Tak
kisah la mana – mana. Contohnya. Masa nak gerak keluar dari aliran trafik
.Sesuka hati dia je keluar camtu. Kalau orang belakang langgar siapa nak jawab?
Kalau ada motor kat belakang macam mana? Masa nak masuk dalam aliran trafik pun
macam tu jugak. Bertimbang rasa la sikit.
Yang paling sebak sekali bila tak bagi signal. Amboi, kalau kena rempuh
or kena langgar siapa nak bertanggungjawab? Memang silap sendiri la kan?
Yang keenam, parking. Ikut suka hati girang je nak parking
mana - mana. Maaf la, sy bukannya nak
menyibuk. Tapi jangan la parking dekat laluan orang keluar masuk! Menyusahkan
orang tau tak. Kejadian ni terjadi masa nak pergi pejabat pos hari tu, tup tup
tak boleh nak masuk sebab tersekat bila ada kereta parking dekat laluan nak
masuk. Bukan ke ni dah menyusahkan
orang.? Jangan sampai orang yang nampak cakap, ‘kereta mahal tapi parking tak
reti.’ I’ not sure la pemilik kereta tu laki ke perempuan. Tapi yang penting
toleransi tu perlu bila kita menggunakan bersama – sama. Lain la kita sorang je
guna jalan raya tu. Memang tak la.
Yang ketujuh, tak bagi laluan bila jalan sempit. Hai, geram
– geram. Ni be
rlaku bila kereta dengan motor la. Kalau kereta dengan kereta
memang kena bagi la kan? Tak pasal – pasal jadi kemabar siam kereta tu dek
kerana bergesel dan tup bercantum. Haha. Ok enough. Tak ada rasa nak bertimbang
rasa ke? Bagi la kat motor tu sikit. Bukan mintak banyak ruang pun. Tak pasal –
pasal terpaksa terjun longkang tepi jalan nanti sebab takot accident.
Yang kelapan, tak patuhi lampu isyarat. Kalau berlaku
perkara tak diingini macam mana? Sabar la sikit. Orang lain pun nak cepat
jugak. Boleh jer tunngu. Kalau rasa tak suka tunggu lampu isyarat tu tukar warna ijau, silakan guna kereta
terbang. Haha. Gurau je
Lenguh sudah jari jemari ini menaip. Banyak lagi sebenarnya
yang boleh diambil iktibar. Bukan niat saya untuk menempelak. Tapi sekadar
untuk mengambil pengajaran dan dikongsi bersama –sama. Kalau boleh dibetulkan
kita tegur dan sama- sama baikinya. InsyaAllah. Kepada ada yang terasa saya
minta maaf. Kerana saya juga bukan manusia yang sempurna. Assalamualaikum. :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan