Followers

Halaman

Khamis, 15 Disember 2011

Siapa patut kita cemburukan....??

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh....

Siapa yang sepatutnya kita cemburu sebenarnya yer ?? Kepada orang yang kaya ke??Kepada mereka yang ada boyfriend ke??Kepada mereka yang cantik ke?Sebenarnya kita sepatutnya cemburu kepada mereka yang :

1)Manusia yang diuji oleh Allah kerana Allah menyayangi mereka.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(Surah al-ankabut, ayat 2-3)

2)Manusia yang sakit kerana Allah akan menghapuskan dosa mereka.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


3)Manusia yang sayangkan keluarganya kerana Allah mengurniakan mereka insan untuk disayangi dan didoakan.


Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)



4)Wanita yang menutup aurat mereka untuk mereka yang berhak sahaja melihatnya.

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung"

5)Mereka yang menangis kerana rindu dan takutkan Allah kerana Allah menganugerahkan air mata tersebut untuk melakukannya begitu.

 ”Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya dan tidak akan berhimpun antara debu fi sabilillah dengan asap neraka.” ( HR Imam Ahmad, Hannad, al-Thirmizi, al-Nasai, al-Hakim, al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman)
Sabda baginda saw lagi:
” عينان لا تمسهما النار ، عين بكت من خشية الله ، وعين باتت تحرس في سبيل الله “.
Maksudnya: Dua mata yang tidak disentuh api neraka. Mata yang mengalir kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah.”
Rasul saw dan sahabat adalah contoh terbaik manusia yang menangis kerana takut dan rindukan Allah.

•عن عبد الله أبن الشخير يقولُ: ((أَتَيتُ رسُول الله -صلَّى الله عليه وسلَّم وَهُوَ  يُصلِّي وَلَجَوْفِهِ أَزِيزٌ كأزِيزِ المِرْجَلْ من الْبُكاءِ)) رواه أبو داود •
“ Aku datangi nabi SAW ketiks baginda solat dan dari dadanya terdengar suara bagaikan mendidihnya kuali kerana beliau sedang menangis” HR Abu Daud


6)Seseorang yang solo (single ) kerana mereka tahu Allah telah menyediakan seseorang yang istimewa sebagai jodoh mereka yang mereka akan temui melalui cinta Allah.

Rasulullah pun telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. 
 Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Tidak perlu kita ke hulu ke hilir kerana mencari jodoh kerana Allah telah menetapkan dan menentukan segala-galanya.Cintailah Allah dan mencintai kerana Allah.

Cinta sebelum kahwin itu adalah haram.Cinta yang halal dan sah hanyalah selepas kahwin.

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang solehah itu itu idaman lelaki solehah.

  “Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui.” (QS. 2:216)

Firman Allah SWT:
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً“Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”(al-Israa’:32)
Wallahualam


p/s: setiapa apa yang berlaku adalah ketentuan dariNYA  yang Maha Esa .Kita sebagai hambanya yang bertakwa dan beriman hendaklah redha dengan ketentuannya.Alangkah bahagianya kita jika menjadi seorang wanita yang solehah dan lelaki yang soleh.Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga ingat mengingati sesama saudara Islam.


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan