Followers

Halaman

Selasa, 22 November 2011

10 Mati Husnul Khatimah

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Tertarik dengan DP fesbukk kawan sy Hakem..Hehe..DP dia tu pasal tajuk entri niy la..DP tu lebih kurang mcm banner la.Kat banner tu tertulis :

Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian.Ini dijelaskan dalam al-Quran ,  maksudnya : "Tiap-tiap umat mempunyai ajal , apabila telah datang ajal mereka , maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaatpun dan tidak pula dapat mendahuluinya." - Yunus : 49-

10 CONTOH MATI HUSNUL KHATIMAH IALAH :

1.Mengucap khalimah syahadah ketika hampir mati.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Lailaha illah' nescaya masuk syurga."

2.Mati dalam keadaan percikan peluh didahi.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Mati orang beriman itu dengan percikan peluh didahi."

3.Mati di malam jumaat atau harinya , sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Tiada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah akan pelihara dia dari fitnah kubur."

4.Mati syahid di medan perang yang menegakkan agama Allah.

5.Mati kerana sakit taun , sakit perut , ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.

6.Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak , orang yang mati terbakar , mati kerana sakit paru - paru dan sakit cirit - birit.

7.Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.

8.Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.

9.Mati kerana bertugas dalam perjuangan Islam.

10.Mati ketika beramal soleh , yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa , solat dan sebagainya.

Wallahualam..

Semoga kita semua mendapat kematian yang terbaik di sisi Allah SAW..Amin Ya Rabbal Alamin..
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan