Followers

Halaman

Jumaat, 25 November 2011

Hak Yang Harus Dilaksanakan...

Assalamualaikum Warahamtullah Hiwabarokatuh...


   Hak yang harus dilaksanakan oleh anak terhadap ibu dan ayah ada sepuluh iaitu:
1.Jika orang tua berhajat kepada makan harus diberi makan 
2.Jika berhajat pada pakaian harus diberi pakaian. Rasulullah s.a.w. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi): "Wa sha hib huma fiddunnya ma'rufa. (Yang bermaksud): "Bantulah kedua orang tua didunia dengan baik, yakni supaya diberi makan jika lapar dan pakaian jika tidak berpakaian. 
3.Jika berhajat bantuan harus dibantu 
4.Menyambut panggilannya 
5.Mentaati semua perintahnya asalakn tidak menyuruh berbuat maksiat dan ghibah (Kasari orang) 
6.Jika berbicara kepada keduanya harus lunak, lemah lembut dan sopan 
7.Tidak boleh memanggil nama kecilnya (Jambal/ gelaran) 
8.Jika berjalan harus dibelakangnya 
9.Suka untuk orang tuanya apa yang ia suka bagi dirinya sendiri, dan membenci bagi keduanya apa yang tidak suka bagi dirinya sendiri 
10.Mendoakan keduanya supaya mendapat pengampunan Allah s.w.t. dan rahmatNya Sebagaimana doa Nabi Nuh a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. (Yang berbunyi): "Robbigh fir li waliwalidayya robbanagh fir li waliwalidayya wa lil muminin wal mu'minati yauma yaqumul hisab. (Yang bermaksud): "Ya Tuhan kami, ampunkan kami dan kedua ibu bapa kami dan semua kaum muslimin pada hari perhintungan hisab/hari kiamat.
                        Seorang sahabat berkata: "Tidak suka mendoakan kedua orang tua itu mungkin menyebabkan kesulitan penghidupan anak." "Dan apakah mungkin memuaskan orang tua yang telah mati?" beliau ditanya. Jawabnya: " Ya, dengan tiga macam iaitu:
Dia sendiri menjadi orang soleh sebab menyenangkan kedua orang tuanyaMenghubungi keluarga dan sahabat-sahabat kedua orang tuanyaMembaca istighfar dan mendoakan serta bersedekah untuk kedua orang tuanya itu.
                        Al-Ala' bin Abdirrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jika mati anak Adam putus (terhenti) semua amal perbuatan (kegiatannya), kecuali tiga macam iaitu:
Sedekah jariah yang berjalan terus (wakaf-wakarnya)Ilmu yang berguna (yang diajarkan sehingga orang-orang melakukan ajarannya)Anak yang soleh yang selalu mendoakan pengampunan untuknya
  •                         Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Jangan memutus hubungan pada orang yang dahulu kawan baik pada orang tuamu, nescaya akan padam nur cahayamu." Seorang dari suku Bani Saliman datang kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Kedua orang tuaku telah mati, apakah ada jalan untuk berbakti pada keduanya sesudah mati itu?" Jawab Nabi muhammad s.a.w.: "Ya, membaca istighfar untuk keduanya dan melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-sahabat keduanya dan menghubungi keluarga dari keduanya."
Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarokatuh



Selasa, 22 November 2011

10 Mati Husnul Khatimah

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Tertarik dengan DP fesbukk kawan sy Hakem..Hehe..DP dia tu pasal tajuk entri niy la..DP tu lebih kurang mcm banner la.Kat banner tu tertulis :

Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian.Ini dijelaskan dalam al-Quran ,  maksudnya : "Tiap-tiap umat mempunyai ajal , apabila telah datang ajal mereka , maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaatpun dan tidak pula dapat mendahuluinya." - Yunus : 49-

10 CONTOH MATI HUSNUL KHATIMAH IALAH :

1.Mengucap khalimah syahadah ketika hampir mati.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Lailaha illah' nescaya masuk syurga."

2.Mati dalam keadaan percikan peluh didahi.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Mati orang beriman itu dengan percikan peluh didahi."

3.Mati di malam jumaat atau harinya , sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Tiada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah akan pelihara dia dari fitnah kubur."

4.Mati syahid di medan perang yang menegakkan agama Allah.

5.Mati kerana sakit taun , sakit perut , ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.

6.Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak , orang yang mati terbakar , mati kerana sakit paru - paru dan sakit cirit - birit.

7.Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.

8.Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.

9.Mati kerana bertugas dalam perjuangan Islam.

10.Mati ketika beramal soleh , yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti berpuasa , solat dan sebagainya.

Wallahualam..

Semoga kita semua mendapat kematian yang terbaik di sisi Allah SAW..Amin Ya Rabbal Alamin..
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh...

Malaysia Menang...

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Alhamdulillah...Yeay jom bersorak untuk Malaysia...Menang...!Menang..!Menang!

Go Malaysia..Ingatkan dah nak kalah tadi dengan serangan pemain lawan yang bertali arus..2 kali gol dorang offside.Nasib baik jugak offside..kalau tak offside..hmmmmm...120 minit mmg lama...Heheh...Tapi kalau nak kira penantian tengok bola dengan kemenangan yang kita dapat memang terlebih la hasilnya...Pingat emas tu...
Tak sia - sia balik rumah hari niy...eheheh

Tak reti la nak mengulas niy...heheheh...yang penting Malaysia dah menang...hepy sangat2 niy..Bersemangat dengar lagu Negaraku berkemundang tadi..

Bola - bola jugak...Tanggungjawab kita jangan lupa..Bergembira pun bergembira jugak...Tak apa kepada yang tak menang.Kalah menang adat bertanding..

Khamis, 17 November 2011

Pertanyaan Jibril Kepada Kerbau , Kelawar Dan Cacing


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...


Pada suatu hari, Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu. 

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?” 

Si kerbau menjawab, “Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. 

Kemudian dia bertanya, “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?”

"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar. 

Mendengar jawaban itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Lalu Jibril bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?”

Si cacing menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.”
Wallahualam..  

p/s: sebagai renungan bersama... :)Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..

Rabu, 16 November 2011

Tu La Orang Suruh Belajar Malas....



Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..


14/11/2011 dah start la semester 2..Masa cuti rasa nak belajar tapi bila dah nak start semester 2 ni rasa malas pulak nak belajar.Boleh dikatakan tak ada mood langsung nak belajar .. (pemalas betul.. ^^'')Result pulak buat mood semakin menhilang..ehehe..
Waaa..pointer sikit je..Ni la hadiah untuk orang pemalas dan suka main - main masa belajar agaknya....

Berapa result saya??Malu la...Saya dapat 3.07 je..Memang sedih sangat..Tapi siapa suruh malas belajar kan??
07 tu yang tak sedap didengar..tapi sy dah bersyukur dengan apa yang sy dapat ni...^^

Redha je la...Sebanyak mana usaha kita itulah hasilnya yang kita akan perolehi nanti..Nak hasil yang gemilang kena la buat berusaha taraf gemilang juga kan??Walau apapun kita hanya mampu berusaha
tapi Allah yang menentukan segala - galanya..

Baiklah semester 2 ni nak buat yang terbaik.InsyaAllah..Tak nak main - main lagi..Hehehe..
Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya.Kalau kita dah berada diatas jangan jadi orang yang sombong dan bongkak sebab suatu hari nanti tak mustahil kita akan berada di bawah..

Jadi manusia yang sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah kepada kita..

p/s : jangan malas untuk berusaha..kalau kita rajin kita boleh berjaya.InsyaAllah..Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Boring ..Boring


Assalamualaikum..
huhu..memang tengah boring sesangat niy...nak study pun xder mood..==''
pemalas betul la..hehe!

Boring sebab kelas dah habis pukul 12 tdi..then klas pukul 3 pulak.3 jam mestilah borink..
nk online line pulak slow..=='' saba je la..
lpas tu terpandang la gambar angry bird.timbul pulak idea untuk menghilangkan rasa boring.
Apa lagi ..jom kita berseni..^^'' (walaupun tanganku bukan tangan seni..)ehehe








p/s : eheheh..wlopon tak seberapa...heeheh..tp cukup utk menghilangkan rasa boring...^^'''..blom siap lg....

Selasa, 15 November 2011

Jangan Mudah Untuk Marah


Assalamualaikum...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: “Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah.” Nabi s.a.w mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia mempunyai sifat marah. Ini adalah fitrah semula jadi setiap makhluk yang di ciptakan Allah di dunia ini. Begitu juga haiwan. Contohnya, seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Namun, sifat marah ini sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana untuk mengatasinya. Adakah kita akan bersabar dan seterusnya menahan sifat marah itu atau melepaskan sifat amarah kita itu tidak kena pada tempatnya.

Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka tepulang kepada individu itu untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Sesungguhnya sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Walaubagaimanapun, kesabaran setiap individu itu ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sifat sabar dalam diri seseorang itu akan timbullah kemarahan.

Bersesuaian dengan sabda Baginda,
Marah itu daripada syaitan “Apabila kamu marah, maka jauhilah orang yang kamu marahi. Berubahlah dari tempat kamu berdiri ketika marah. Jika kamu marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika kamu marah semasa duduk, maka berdirilah”

Malahan Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud,
“Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya.” (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Maka, bukan mudah untuk membuang sifat amarah di dalam setiap individu muslim itu sendiri. Tidak dinafikan juga adakala kita boleh mengawal diri kita daripada sifat marah, dan adakala kita tetap terlepas juga, kita hanya insan biasa di sisiNya.

Namun, kita boleh mengatasinya dengan bijak untuk menjadi seorang individu muslim yang hebat dalam mengatasi marahnya. Allah akan menenangkan hamba-hambaNya yang sabar. Apabila kita marah, hendaklah kita mengambil wudhu’, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memperbanyakkan zikir untuk mengawal dan mengurangkan sifat marah yang menyala-nyala itu. Hendaklah kita bertanya kepada diri kita adakah layak untuk kita marah kepada seseorang itu dan sesuatu perkara yang berlaku? Dari mana datangnya sifat marah itu?

Untuk mengendalikan sifat marah ini mempunyai kedudukan dan cara tersendiri. Mereka bukan sahaja disukai oleh makhluk di dunia, malah dicintai oleh Allah.

Allah berfirman:“Bersegeralah kamu menuju keampunan dari Tuhanmu serta mendapatkan syurga yang luasnya seluruh langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang suka menahan amarahnya dan gemar pula memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Al Imran 133-134)

Jom bersama-sama kita perbaiki diri dan sucikan hati kita! Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberikan petunjuk dan sentiasa dalam keredhaanNya.
Khairunnisa’ bt Mohd ZailaniBeliawanis PEMBINA Bangi

Wallahualam..


Read more: http://ustazazhar.net/v01/#ixzz1dmWCYAS8


p/s : cuma nk share artikel yg menarik ni...^^..semoga memberi manfaat kepada kita semua..

Ahad, 13 November 2011

Kisah Zaman Sekolah...



Ini kisah saya..kisah zaman sekolah anda pula bagaimana..heeheh
Assalamualaikum...
Lawak pulak biler teringat zaman sekolah dulu..huhu..(padahal baru setahun ditinggalkan).
Bila lalu depan sekolah rindu giler nak belajar seperti dulu..Tapi, zaman kegemilangan sudah berlalu..(gemilang lar sangat..=PP)
Teringat kalau pagi2 mesti mesti kuih dulu (tu pun nak cerita )sebelum masuk kelas..
Sebenarnya kuih tu buat prepare untuk kunyah masa mengantuk dalam kelas dan sebagai persediaan kalau cikgu lambatkan waktu rehat...Masa kunyah tak pernah kantoi..huhu..terorkan?? (thumbs up kat sy)sebab sy ada taktik...masa nk makan berlakon sikit nak ambik barang kat bawah meja...then sambil kepala tunduk kat bawah meja tu ambik la kesempatan sikit suapkan kuih masuk dalam mulut..nakal tak??
Kemudian teringat la pulak kalau waktu subjek kimia..memang wajib menguap walaupun sekali..Maklumlah subjek feveret... =PP
Masa cikgu mengajar,duk sibuk rosakkan meja dalam lab tu dengan hasil seni yg tak seberapa..kasi art la sikit meja tu..nampak kosong je kn??
Sekali sekala kalau cikgu tak perasaan apa lagi...jom tido la...ish2...tp tido secara bersopan la....jangan kasi cikgu nampak..(sopan ke camtu??)
Sy ingatkan sy sorang je yg fanatik kimia..tp rupanya ramai lagi..kawan sy..mmg berkemahiran bab tidur dalam kelas niy...untuk menunjukkan dia tak tidur maka sambil pejam2 mata..gerakkan lah pen yg menunjukkan dia sedang mencatat nota...(rajinnya dia)
Rindu kat cikgu Add Math,Cikgu Natifah..hhehe..Dia memang baik ..Hujung minggu mesti dia akan buat kelas tambahan..Tapi dia garang giler...serius...Sesape pun tak berani nak tido time die mengajar...kalau tido mestilah ada hadiahnya..Cikgu Natifah kalau ikut cara die mengajar.dia niy suka menyoal,dia bagi soalan then kita kena selesaikan soalan tersebut kat whiteboard..Mak aihh..masa die nak panggil soh kite buat kat depan tu punya la berdebar..Ada yang kata macam nak kena serangan jantung la...tekanan darah tinggi la..parkinson la...sy pulak macam datang tekanan darah rendah..ahaha...berdebarrr sangat- sangat..
Ada sorang kawan saya ni disebabkan gementar sesangat sampai melayang pen kerana terkejut bila cikgu panggil nama dia...(masalah kejutan)ahahah..Banyak lagi pasal cikgu natifah tapi daa lupe..^^''
Saat mendebarkan bila bawak henset kesekolah...huhu...memang nakal zaman sekolah dulu..tp tak pernah dikenakan tindakan disiplin...bawak henset sesaje je sebab tengahari ada kelas tambahan.So malas la nak balik ambik kat rumah..(kalau tak ambik pun tak ape,bukannya penting pon...bukannya nk mesej ngan pakwe pun kn jung kn??)
Henset tak pernah bawak masuk dalam kelas kalau time pagi..time pagi simpan kat bawah kusyen motor je (betol ke sy pggl kusyen niy??)Biasanya tip2 penting adalah pastikan telefin berada dalam mood "senyap" ..Namun malang tak berbau,satu hari tu sy terlupa la pulak nak tukar mood
senyap...pastu masa mathematic telefon sy ttba berbunyi..nasib baik la cikgu disiplin tak dengar...dah la masa tu bilik disiplin tingkat atas iaitu kelas sy berada dibawah bilik disiplin dan kebetulan sy memang sentiasa parking motor sy kat depan kelas...(padan muka).
Sebenarnya banyak lagi yang nak diceritakan tapi ...mata sudah mengantuk..jari pun sudah malas menaip..
Nanti saya cite lg..walaupun entri ini buat anda menyampah..Assalamulaikum...
P/S : sudah meminta kebenaran mereka yang terlibat untuk menceritakan kisah mereka..^^''
Assalamualaikum....

Sabtu, 12 November 2011

Mutiara kata 1 : ALLAH GEMBIRA KEPADA MEREKA YANG MENETAP DI MASJID MENUNGGU WAKTU SOLAT




Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w bersabda :
"Tidaklah seorang muslim menetap di dalam masjid untuk melaksanakan solat dan berzikir melainkan Allah bergembira kepadanya sebagaimana bergembiranya keluarga seseorang yang ghaib (pergi) apabila ia kembali kepada mereka."

Wallahualam

Khamis, 10 November 2011

Kisah Zaman Sekolah...


Ini kisah saya..kisah zaman sekolah anda pula bagaimana..heeheh
Assalamualaikum...
Lawak pulak biler teringat zaman sekolah dulu..huhu..(padahal baru setahun ditinggalkan).
Bila lalu depan sekolah rindu giler nak belajar seperti dulu..Tapi, zaman kegemilangan sudah berlalu..(gemilang lar sangat..=PP)
Teringat kalau pagi2 mesti mesti kuih dulu (tu pun nak cerita )sebelum masuk kelas..
Sebenarnya kuih tu buat prepare untuk kunyah masa mengantuk dalam kelas dan sebagai persediaan kalau cikgu lambatkan waktu rehat...Masa kunyah tak pernah kantoi..huhu..terorkan?? (thumbs up kat sy)sebab sy ada taktik...masa nk makan berlakon sikit nak ambik barang kat bawah meja...then sambil kepala tunduk kat bawah meja tu ambik la kesempatan sikit suapkan kuih masuk dalam mulut..nakal tak??
Kemudian teringat la pulak kalau waktu subjek kimia..memang wajib menguap walaupun sekali..Maklumlah subjek feveret... =PP
Masa cikgu mengajar,duk sibuk rosakkan meja dalam lab tu dengan hasil seni yg tak seberapa..kasi art la sikit meja tu..nampak kosong je kn??
Sekali sekala kalau cikgu tak perasaan apa lagi...jom tido la...ish2...tp tido secara bersopan la....jangan kasi cikgu nampak..(sopan ke camtu??)
Sy ingatkan sy sorang je yg fanatik kimia..tp rupanya ramai lagi..kawan sy..mmg berkemahiran bab tidur dalam kelas niy...untuk menunjukkan dia tak tidur maka sambil pejam2 mata..gerakkan lah pen yg menunjukkan dia sedang mencatat nota...(rajinnya dia)
Rindu kat cikgu Add Math,Cikgu Natifah..hhehe..Dia memang baik ..Hujung minggu mesti dia akan buat kelas tambahan..Tapi dia garang giler...serius...Sesape pun tak berani nak tido time die mengajar...kalau tido mestilah ada hadiahnya..Cikgu Natifah kalau ikut cara die mengajar.dia niy suka menyoal,dia bagi soalan then kita kena selesaikan soalan tersebut kat whiteboard..Mak aihh..masa die nak panggil soh kite buat kat depan tu punya la berdebar..Ada yang kata macam nak kena serangan jantung la...tekanan darah tinggi la..parkinson la...sy pulak macam datang tekanan darah rendah..ahaha...berdebarrr sangat- sangat..
Ada sorang kawan saya ni disebabkan gementar sesangat sampai melayang pen kerana terkejut bila cikgu panggil nama dia...(masalah kejutan)ahahah..Banyak lagi pasal cikgu natifah tapi daa lupe..^^''
Saat mendebarkan bila bawak henset kesekolah...huhu...memang nakal zaman sekolah dulu..tp tak pernah dikenakan tindakan disiplin...bawak henset sesaje je sebab tengahari ada kelas tambahan.So malas la nak balik ambik kat rumah..(kalau tak ambik pun tak ape,bukannya penting pon...bukannya nk mesej ngan pakwe pun kn jung kn??)
Henset tak pernah bawak masuk dalam kelas kalau time pagi..time pagi simpan kat bawah kusyen motor je (betol ke sy pggl kusyen niy??)Biasanya tip2 penting adalah pastikan telefin berada dalam mood "senyap" ..Namun malang tak berbau,satu hari tu sy terlupa la pulak nak tukar mood
senyap...pastu masa mathematic telefon sy ttba berbunyi..nasib baik la cikgu disiplin tak dengar...dah la masa tu bilik disiplin tingkat atas iaitu kelas sy berada dibawah bilik disiplin dan kebetulan sy memang sentiasa parking motor sy kat depan kelas...(padan muka).
Sebenarnya banyak lagi yang nak diceritakan tapi ...mata sudah mengantuk..jari pun sudah malas menaip..
Nanti saya cite lg..walaupun entri ini buat anda menyampah..Assalamulaikum...
P/S : sudah meminta kebenaran mereka yang terlibat untuk menceritakan kisah mereka..^^''
Assalamualaikum....

InsyaAllah

Bila dengar lagu ni sedih pon ade...tragis pun ada..pilu pon turut serta..sob3...(smbil bca lirik sy pun mula untuk menunjukkan bakat terpendam..tp blom sempat sy mulakan baris kedua,terdengar lantang suara adik sy "kang hujan kang") ==''.Hayati lirik lagu ini =)
Assalamualaikum...



Lagu ni memang dah lama jugak daa...tp saje nk mengembalikan nostalgia (ceh memandai je) . Dan sebagai pengajaran buat kita.. (Sila senyum,hehehe)
Maher Zain siapa tak kenal kan??
Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar



Rabu, 9 November 2011

Jangan Jadi Hamba Kepada 'Emas' Dan 'Wang'

some people say : money is not everything,but everything need money..


Assalamualaikum..
Bagaimanakah agaknya sikap anda jika memiliki setimbun emas dan jutaan wang ringgit??
Ikutiah apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w seperti hadis yang berikut :
Abu Hurairah r.a. berkata , bersabda Rasulullah s.a.w. : "Andaikan saya mempunyai emas sebesar bukit Uhud , nescaya saya lebih senang kalau emas itu tidak lebih dari tiga hari di tangan saya , kecuali jika saya meninggalkan sisanya untuk membayar hutang ." (HR.Bukhari , Muslim)
Rasanya kalau kita , jangankan tiga hari , entah- entah tiga puluh tahun ,empat puluh tahun disimpan untuk dipusakai anak cucu kita nanti.
Lihatlah bagaimana Rasulullah mengajar para sahabatnya untuk bersikap 'zuhud'.
Abu Hurairah r.a. berkata , bersabda Rasulullah s.a.w. : Lihatlah orang yang dibawahmu , dan jangan melihat orang yang diatasmu , kerana demikian itu lebih tepat , supaya kamu tidak meremehkan nikmat kurniaan Allah kepada kamu.
Dalam riwayat lain ada juga menyebutkan : "Jika salah satu kamu melihat dunia (kekayaan dan benda ), maka hendaknya melihat kepada benda yang lebih rendah daripadanya.Dalam hal dunia kami diajarkan memperhatikan orang yang lebih rendah supaya menghindarkan kerisauan hati dan sifat tamak . Tetapi dalam hal akhlak dan budi serta ketaatan kepada Allah harus melihat kepada orang lebih taat dan berbudi daripada kamu , untuk menimbulkan rasa keinginan menambah ketaatan , dan bakti kepada Allah.
Rasulullah juga mengutuk mereka yang mendewa- dewakan harta kekayaan.
Abu Hurairah r.a. berkata , Rasulullah s.a.w. bersabda : " Celaka dan kecewalah hamba wang dinar atau dirham , atau hamba perhiasan , permaidani atau pakaian.Jika diberi diam (rela) dan jika tidak diberi tidak rela (mengomel)." (HR.Bukhari)
Dalam kitab 'Riadhus Shalihin' mengulas sikap buruk itu dengan mengatakan :
"Seolah - olah ketaatan itu digantungkan kepada pemberian , jika diberi merasa puas dan taat , dan jika tidak diberi merasa kecewa . Semata - mata tidak mengerti maksud tujuan dari taat dan pengabdian diri kepada Allah..
Wallahualam..
Sumber: Majalah Hidayah

PTPTN Cadang Hentikan Pinjaman 2013

oww..mcm tu rupanya...^^
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
bercadang menghentikan pemberian pinjaman
perbelanjaan kepada pelajar institusi
pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungannya
yang semakin meningkat, kata pengerusinya,
Datuk Ismail Mohamed Said.

Katanya, Lembaga Pengarah PTPTN pada mesyuaratnya
31 Oktober lalu membuat keputusan itu bagi
mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas
menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
kepada warga emas dan golongan miskin di kawasan
Parlimen Kuala Krau di Simpang Peragap dekat sini,
hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau,
berkata pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimana
pun tetap akan diberikan seperti biasa.

Ismail berkata, sehingga kini seramai 1.87 juta
pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan
peruntukan RM41.6 bilion


p/s : hohoho....no komen

Nasihat Luqman Al-Hakim Tentang Telatah Manusia

semoga menjadi teladan untuk kita semua..^^
Assalamualaikum....

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Menangis Kerana Takutkan Allah

Assalamualaikum..

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Selasa, 8 November 2011

Bidadari Untuk Umar

Assalamualaikum

Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah s.a.w. Semenjak ia memeluk Islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang wara, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah s.a.w. , "Wahai Rasulullah s.a.w. apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya".Rasulullah s.a.w. menjawab, "Sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. Kerana kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Quran yang diturunkan Allah s.w.t. berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran lainnya.

Rasulullah s.a.w. seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah s.w.t. kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. dimi'rajkan menghadap Allah s.w.t. malaikat Jibril a.s. memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. taman-taman surga. Rasulullah s.a.w. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s., "Wahai Jibril, bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril a.s. menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah s.w.t. maka saat itu juga Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

Kisah Nabi Daud A.S Dan Seekor Ulat

Assalamualaiku...

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. dengan ulat ini?" Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah s.w.t. pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah s.w.t. mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s.apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah s.w.t. yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

p/s:semoga menjadi teladan yg berguna kpd kita.InsyaAllah

Pesanan Allah S.W.T Kepada Nabi Musa A.S

Assalamualaikum..

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah s.w.t. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :

· Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
· Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
· Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
· Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
· Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
· Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
· Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
· Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
· Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
· Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah s.w.t. memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Kisah Batu Dan Kalimah Syahadat

Assalamualaikum

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah s.a.w. mengatakan :
· "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga." Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Wallahuaalam...

Hikmah Yang Berharga

Assalamualaikum

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata : "Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah s.a.w. menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah s.a.w. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah s.a.w. dan setiap kali pulalah hatinya berkata : "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah s.a.w. bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah s.a.w. itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

sumber :1001 kisah teladan

Wasiat Dari Allah S.W.T

Assalamualaikum

Dari Nabi Muhammad s.a.w., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya."

sumber :1001 kisah teladan

Isnin, 7 November 2011

Antara Sabar Dan Mengeluh

Assalamualaikum...

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu ?”
Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”
Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?”

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”
Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
” Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: ” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

sumber : syadiashare.com

p/s : sabar itu separuh drpd iman ^^

Saya Malu Kepada Allah

Assalamualaikum...

Soalan 1 :Siapakah Juara Akademi Fantasia musim pertama?

Soalan 2 : Siapakah artis perempuan Hollywood yang menyanyikan lagu "Beautiful Liar"?
.........
Soalan 3 : Siapakah RAJA LAWAK ?

Soalan 4 : Berikan satu judul lagu terbaru Anuar Zain?

Soalan 5 : Siapakah hos untuk rancangan Melodi terbitan TV3?

Soalan 6 : Apakah nama kumpulan RAP yang terdiri dari 3 orang adik beradik yang terkenal di Malaysia ?

Soalan 7: Siapakah yang menyanyikan lagu "Gemilang"?http://youtu.be/BGxuidt0kkE

Soalan 8 : Siapakah nama isteri Beckham?

Soalan 9 : Siapakah nama laki Siti Nurhaliza?

Soalan 10 : Siapakah penyanyi kakak Siti Nurhaliza yang bertanding dalam AF6?

Bagaimana pula dengan soalan di bawah ini....
Berapa banyak pula, saya dan kawan-kawan boleh jawab?
Semakin jauh kita dari landasan yang sepatutnya.. .........
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Soal 36: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.

Soal 48: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 54: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.

Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.

Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.

Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.

Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.

Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.

Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.

Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Soal 68: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.

Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Soal 73: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah

Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.

Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.

Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.

Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.

Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.

Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.

Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.

Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.

Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.

Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.

Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.

Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.........,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…

sumber : mahadzir mokthar...


p/s: :'(

Ahad, 6 November 2011

9 Nasihat "Bumi"

Assalamualaikum..

Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 9 perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

sumber : capalyanghina

p/s:MasyaAllah,semoga menjadi kepada kita semua.. :'(


ASB Dan ASN Tidak Halal??

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Tadi masa tengah berfesbuk pegi la "usha" page USTAZ AZHAR IDRUS
terjumpa la satu soalan yang cukup menarik yang ditanyakan kepada ustaz Azhar Idrus

Soalan : Menurut majlis fatwa negEri selangor ASN dan ASB adalah tidak halal kerana ada pelaburan yg dilaburkan PNB bertentangan dgn hukum syarak... aPA pendapat ustaz...??

Oleh kerana soalan tersebut belum lagi dijawab,sy teros la tanya mr.google..lpas tu jumpa la artikel tentang asb niy dekat website cikmin.com
lepas tu jumpa la pulak gambar niy dekat artikel tu..


daripada jabatan mufti negeri selangor


KESIMPULANNYA :setelah meneliti pandangan setiap ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang disampaikan maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb April 2011M bersamaan telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut :

a)ASN dan ASB secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional:

Maksudnya :" Tidak bercampur antara yang halal dan yang yang haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal."

b)ASN dan ASB diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berlaraskan faedah melalui Ma*b**k dan pasaran wang.

c)Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat permbersihan terhadap hasil dividen.

p/s: tapi FATWA KEBANGSAAN mengatakan hukumnya adalah HARUS .Wallahualam

Sabtu, 5 November 2011

Dunia Akhir Zaman

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh

DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya
ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

wallahualam :)

sumber : http://www.facebook.com/profile.php?id=100000731145478
Oleh: Senyum sokmo ヅ
By: Peteh Manaf Peteh (Manaf -20- Fans Club)

p/s : betol la dunia sudah akhir zaman.....

Bala Akan Turun Apabila...

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Apabila umatku telah membuat 13 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka itu:

1) Apabila kekayaan negara hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.
2) Apabila amanah dijadikan sebagai sumber untuk memperolehi keuntungan.
3) Zakat dijadikan hutang.
4) Suami yang taat pada isteri.
5) Anak menderhakai ibu bapa, sedangkan ia baik dengan teman-temannya, dan menjauhkan diri dari ibu bapanya.
6) Suara-suara ditinggikan dalam masjid.
7) Seseorang dimuliakan kerana kejahatannya.
8) Arak diminum dimana-mana sahaja tanpa kawalan.
9) Ramai lelaki memakai sutera.
10) Artis-artis disanjung tinggi.
11) Orang yang paling hina di kalangan sesuatu kaum diangkat sebagai pemimpin.
12) Banyak jenis muzik dimainkan.
13) Dan generasi umat Islam kini menyalahkan umat Islam terdahulu"

riwayat At-Tirdmizi,.

sumber : fesbuk.+ hakem worrior...

Jumaat, 4 November 2011

ZIKIR HARIAN IMAN AL-GHAZALI

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..

Sesiapa yang beristiqamah dalam mengamalkan wirid harian ini,insyaAllah diberkati hidupnya dan dibekalkan hidayah dan taufiq serta mati dalam iman.(Ihya Ulumuddin)

Hari jumaat

MAKSUDNYA : YA ALLAH

Hari Sabtu

MAKSUDNYA : TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH

Hari Ahad

MAKSUDNYA : YA ALLAH,TUHAN YANG MAHA HIDUP LAGI BERDIRI SENDIRI (TIDAK PERLU KEPADA PERTOLONGAN)

Hari Isnin

MAKSUDNYA : TIADA DAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN KEKUASAAN ALLAH YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA AGUNG

Hari Selasa

MAKSUDNYA : YA ALLAH,RAHMATILAH KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

Hari Rabu

MAKSUDNYA :AKU MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH TUHAN MAHA ESA

Hari Khamis

MAKSUDNYA : MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA AGUNG DAN SEGALA PUJI UNTUK-NYA

p/s:semoga sentiasa menjadi amalan harian kita semua.^^

Dalil Tentang Kelebihan Ayat 1000 Dinar

Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarokatuh..


Maksudnya:
“;dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2)
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)”

(Surah Al-Talaq : Ayat 2-3)

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah.

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah ujian dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah.

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah.

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.

Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).
Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat).
Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah..
Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.

credit to :murabbiy.com