Followers

Halaman

Sabtu, 26 Disember 2015

Holiday Mood On



Apa macam cuti best?
Housemates aku semua balik kampung kecuali aku dengan jiran depan. Dia tak balik kampung pun
dia punya kampung Selangor ni je. Sejam pun boleh sampai? Aku tak balik. Balik nanti Chinesse New Year
je. Waaaaaa. Oh Nasi Kerabu I miss you so much. Beza tempat orang dengan tempat kita macam ni la
nak cari makanan yang kita suka tu susah kalau ada pun takkan sama punya.

3 hari dah cuti termasuk hari ni. Aku tidur pukul 12 bangun Subuh pastu tidur balik. Baik punya perangai.
Macam mana nak rezeki murah ni. Hahahaha. Nak keluar makan pun malas tahu tak.
Jadi untuk melayan kemalasan aku ni, aku keluar makan pukul 5 lebih lepas Asar. Macam tu la aku
buat tiap-tiap hari. Hahahaha. Pagi aku macam buah je. T_T

Aku rasa lemak dekat pipi aku dah hilang. Penat-penat aku ternak nak tunjuk dekat Mama aku. Last
 hilang dek kerana kemalasan aku. Tapi yang paling lemak dekat perut tak der lagi dah. Yeay!!!
Tak der yang lebih dah. Tapi yang teruk aku tak tahan lapar ni. Rasa nak naik angin je.
Buruk punya perangai.

Tiap hari keluar makan petang aku makan Tom Yam Daging, nasi putih tambah, telur dadar dan air kosong
je. Memang ni je menu aku sejak setahun lepas. Tauke kedai pun dah ingat. Tak tom yam daging mesti ayam. Dia punya tom yam sedap kot. Sama macam dekat Kelantan. Yummm.. Petang ni pekena lagi.

Erk belanja gambar terbalik. Puas aku rotate tapi tak jadi jugak. Hmmmm

Selasa, 22 Disember 2015

Hidayah Perlu Dicari

✿Assalamualaikum✿

Betul "Hidayah Milik Allah" tapi kita perlu berusaha untuk mencarinya.✿

Saya suka tengok muslim dan muslimah yang suka mendekatkan diri dengan Allah.

Lepas tu suka jugak tengok mereka yang nak berubah mendekatkan diri dengan Allah.
Alhamdulillah.Saya hanyalah manusia biasa banyak kekurangan dan kelemahan.
Tapi saya akan berusaha bersunguh-sunguh untuk menjadi muslimah yang solehah.InsyaAllah.
Meninggalkan apa yang dilarang dan membuat apa yang disuruhNya.
Kita hidup didunia ni sementara je.Tak tahu umur kita sehingga bila ..
Tak taw bila kita akan kembali kepadaNya,^^✿

Kalau kita tak berubah sekarang.Agaknya bila kita nak berubah??
Saya juga seorang yg yg tak lepas dari melakukan dosa dan banyak dosa saya.
Oleh itu saya nak berhijrah dan tak nak lagi jadi seperti dulu.
Semoga perubahan ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.✿

Mati tak kenal usia,darjat,keturunan dan rupa.
Kalau dah tertulis kita akan mati pada waktu tu,mati la.
Bukannya boleh tangguh-tangguh.Contohnya,aku kaya,aku boleh bayar supaya mati lain kali.
Sekarang Aku tak nak mati lagi.MasyaAllah..Boleh ke kita buat macam tu...?
Harta kita tak bermakna apa pun kat sana...✿

Sekali lagi,benar hidayah itu milik Allah,Allah akan beri kepada sesiapa saja
yang dia kehendaki.Tapi jangan salah anggap, hidayah bukan ditunggu untuk terpilih,
tapi hidayah itu perlu dicari..✿

Berusahalah mendapatkan hidayah tersebut dengan mendekati Allah,perbaiki amal kita.Contohnya dengan menghayati al - Quran,berzikir,serta perbanyakkan ibadah sunat.InsyaAllah,Dia akan kurniakan hidayahNya kepada hamba-hambanya yang layak..✿

^^ p/s:jgn terjah saya bila sy tulis camniy...^^.✿