Followers

Halaman

Jumaat, 20 April 2012

Satu Soalan Buat Hawa , Satu Jawapan Dari Adam

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.


Satu Soalan Buat Hawa.






Pandang kanan, awek shawl merah jambu . baju sendat. vogue....


Pusing kiri, awek shawl kelabu . tengkuk terdedah. gorgeous.


Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.


Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.


Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?


Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?


Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~


Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?


Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?








Baca ni ;


Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.


Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.


Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?


Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~


"Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..


credit to : xngat daa.. sorry..


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..

Bekal Seorang Daie

 Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..


Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan menjadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.”

-Hassan Al Basri


“seseorang Da’ie tidak akan lari dari medan Dakwah”
credit to : fesbukk.com  '

p/s: dengan mengeluarkan kata kata agama,tidak semestinya aku seorang ustaz/zah. labuhnya tudung ku, tidak semestinya aku seorang yang alim. dengan menasihati orang lain tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya. aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu. cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu dan mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik. 
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh..